Admin Bomi [admin]
Posts : 93 Points : 216 Join date : 21/03/2011 Location : kuala krai
| Subject: Untuk sesiapa yang ada telur Thu Apr 14, 2011 9:53 pm | |
| Percaya atau tidak, hidup kita memang penuh dengan seribu kepalsuan. Ada duit paslu, cinta palsu, janji palsu, sijil nikah palsu, bomoh palsu dan lain-lain lg yg mungkin palsu. Malah, video seks sepanjang 21minit itu pun setakat ini masih belum disahkan ketulenannya, mungkin juga palsu.
Di tubuh kita sendiri banyak yang palsu. Ada gigi palsu bagi mereka yang rongak dan sekiranya malu sebab kepala botak berkilat atau penuh uban, ada rambut palsu. Pendek kata mana-mana sahaja bahagian tubuh kita yang tidak sesuai dari hujung rambut hingga hujung kaki boleh diubah kepada bentuk palsu menggunakan pembedahan dan lain-lain keadah saintifik. Bagi mereka yang berduit semua boleh dipalsukan untuk mengaburi mata setiap orang.
Kemudian ada pulak berita tentang Datuk palsu. Apabila Datuk palsu dengan sendirinya Datin pun palsu. Ada orang mencari duit secara mudah dengan memalsukan Datuk. Contohnya seperti yang telah dilaporkan media, seorang wanita 31 dan lelaki 51 tahun telah menerima bayaran RM50,000 dan RM75,000 daripada beberapa individu sebagai pendorong untuk mendapatkan anugerah kebesaran bergelar Datuk dari istana.
Bayangkan bagi orang berduit, mereka sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan gelaran tersebut, tidak kiralah sama ada gelaran yang diterima itu tulen atau palsu. Siapa tahu mungkin sudah ramai Datuk palsu dalam negara kita!. Ini adalah gelagat rakyat dalam negara kita yang berduit manakala bagi yang tidak berduit siang malam mencari duit dengan menjual mutiara melalui internet untuk mendapatkan RM10 sehari belum tentu dapat.
Sekiranya gigi, rambut, bulu mata boleh dipalsukan, tentu sekali telur yang besar sedikit dari bola pingpong itu boleh dipalsukan. Jadi, mereka yang mempunyai telur janganlah gundah gulana atau marah-marah jika mendapati telur mereka adalah palsu.
Jangan fikir yang bukan-bukan, saya bercakap mengenai telur betul, telur ayam. Ada dakwaan bahawa telur tiruan atau palsu berada di pasaran tempatan dan ditemui di beberapa kedai di Pulau Pinang. S M Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (GAP) yang menjalankan kajian mendapati telur palsu mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kesihatan, tetapi Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian awal yang dilakukan mendapati hampir 400 butir telur yang dirampas dari kedai-kedai berkenaan adalah telur tulen, bukan palsu.
Oleh sebab isu telur palsu dihebohkan dalam media dan internet sehari dua ini, makin ramai orang ragu-ragu setiap kali melihat telur. Jika terjumpa telur yang kulitnya berkedut mungkin disebabkan oleh ayam tersebut ada penyakit, menyebabkan telurnya tidak seperti telur yang lain tetapi telur itu masih lagi yang asli bukan palsu.
Jangan terkejut sekiranya sehari-dua ini ada pihak tertentu mendesak ditubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat telur kita! | |
|