Suatu kelainan dapat dirasai di Kelantan apabila papan iklan gergasi mempamerkan wajah wanita bertudung dapat dilihat di sana-sini. Ini kerana ia berbeza di tempat lain wanita apabila dijadikan model iklan disajikan dengan gaya begitu ghairah.
Perbezaan ini bukan lagi perkara baru memandangkan ia sudah dikuatkuasakan sejak 20 tahun lalu di negeri ini. Malah syarikat yang ingin mempromosikan produk dengan peragaan wanita juga faham mengenai peraturannya.
Pada peringkat awal keadah penerangan dan melalui melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) mengadakan majlis-majlis penerangan dimerata tempat.
Selain itu, turut diedarkan risalah cara-cara menutup aurat mengikut islam. Selepas masyarakat mulai sedar kepentingan menutup aurat, barulah langkah penguat kuasa dijalankan. Kempen kesedaran itu semakin tersusun setelah wujudnya Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan kesihatan. Urus setia tersebut kini dipengerusikan Wan Ubaidah Omar dan timbalanya Rohani Ibrahim.
Kerajaan Negeri sentiasa member peringatan kepada rakyat tentang kepentingan menutup aurat. walaupun ia adalah hak individu, namun tanggungjawab memberi kefahaman kepentingan menutup aurat adalah sebahagian usaha dakwah. Institusi keluarga akan sekiranya aurat tidak dijaga. Gejala sosial yang berlaku seperti kes rogol sebahagiannya berpunca kerana aurat tidak dijaga. Juga turun disarankan supaya menjaga suara kerana ada lelaki bukan muhrim tertarik dengan suara merdu yang dialunkan. Kempen menutup aurat kini menjadi sebahagian budaya hidup golongan wanita di Kelantan.
Apabila berkunjung ke pasar raya kita boleh lihat pekerja wanita lebih sopan dan ayu dengan mengenakan pakaian menutup aurat. Begitu juga dengan permis perniagaan lain dipastikan pekerja wanita berpakaian menutup aurat. Manakala bagi wanita bukan islam diminta lebih bersopan. Penguatkuasaan peraturan terbabit dilaksanakan PBT. Mana-mana pemilik permis yang ingkar dikenakan denda atau tidak diperbaharui lessen perniagaan mereka.
Hari ini warga Bandar Kota Bharu kelihatan lebih islamik berbanding Bandar besar di luar Kelantan.