KELANTAN FORUM2U
Selamat datang Ke KELANTAN FORUM 2U** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan KELANTAN FORUM 2U.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. KELANTAN FORUM 2U.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada : kelantanforum2u@gmail.com (forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli KELANTAN FORUM 2U dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki KELANTAN FORUM 2U tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari KELANTAN FORUM 2U ,GOMO KELATE GOMO....
KELANTAN FORUM2U

KELANTAN FORUM UNTUK ANAK KELANTAN,GOMO KELATE GOMO
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Facebook Kelantan Forum 2u
Radio IRDKFm Online
iRdk fM merupakan radio yang menggunakan sistem shoutcast dan bukannya radio komersial. Semua lagu2 yg disiarkan hanya bertujuan untuk promosi sahaja. Dapatkan CD yg original dikedai2 CD yg berhampiran
klik play jika radio tidak play secara automatik
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
pilih player pilihan anda jika player diatas bermasaalah
Berminat untuk letak radio & cbox diblog anda? klik
CODE
INFO RAKYAT DALAM KOMUNITI
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
MALAYSIA FORUM
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
[Click Here To Join Forum]
Please Donate This Forum
follow
Latest topics
Free counter and web stats

Share | 
 

 5 KEINGINAN SUAMI DI RANJANG

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin Hos
Admin


Posts : 29
Points : 74
Join date : 21/03/2011
Location : JERTIH TERENGGANU

PostSubject: 5 KEINGINAN SUAMI DI RANJANG   Mon Dec 05, 2011 3:38 am


1. Dambakan urutan, belaian dan sentuhan lembut
Semua perkara ini cukup disenangi oleh suami. Sentuhan jari yang lembut pada tubuh suami mampu menyebabkan tindak balas yang hebat oleh suami. Sentuh lembut bahagian tubuh seperti dada, paha, telinga dan tengkuknya sewaktu anda bersamanya dan lihatlah reaksinya. Sentuhan paling cepat mendapat tindak balas sudah tentulah di bahagian bibir suami. Tautan dua bibir pastinya akan merangsang nafsunya, begitu juga dengan pelukan hangat daripada seorang isteri.

2. Ada respons
Meskipun anda baru saja berumah tangga namun janganlah bersifat terlalu kaku ataupun pasif tatkala di ranjang bersama suami. Suami sebenarnya amat suka melihat reaksi isterinya ketika hubungan intim. Berikan tindak balas terhadap sentuhan suami contohnya saat suami memeluk tubuh anda janganlah anda keras dan kaku, balas pelukannya dengan sentuhan atau urutan lembut pada tubuhnya. Selain itu tiada salahnya anda mengeluarkan suara-suara desahan yang lembut. Sentuhan dan suara anda sebenarnya amat merangsang mood suami. Perlu diketahui oleh setiap isteri bahawa suami sebenarnya amat mengharapkan reaksi isteri bagi membolehkan mereka meneruskan aksi. Tapi pastikan reaksi yang dibuat adalah dengan rela hati dan bukan semata-mata untuk menjaga hatinya.

3. Gaya baru
Isteri harus menyedari bahawa lelaki adalah manusia yang cepat berasa bosan. Oleh itu rangkalah strategi untuk menjadikan hubungan terutama yang berkaitan dengan seks sentiasa membuatkan dirinya teruja. Salah satu darinya adalah dengan mempelajari gaya baru dalam hubungan seks. Jangan terasa malu untuk memulakannya kerana suami sebenarnya cukup sukakan kelainan dalam hubungan intim. Gaya baru dalam hubungan seks pastinya akan membuatkan suami tidak sabar menunggu untuk bersama dengan isteri. Selain itu ajak suami untuk meneroka sesuatu yang baru ketika bersama dengannya.

4. Isteri yang seksi
Lelaki memang suka melihat wanita seksi, tanya lah mana-mana lelaki. Jadi ambillah peluang ini. Sebelum memulakan langkah ke ranjang kenakan pakaian yang seksi dan menggoda. Pakailah seseksi mana pun yang anda mahu kerana penontonnya adalah suami anda sendiri. Melengkapkan lagi keinginan suami, pamerkan aksi manja dan yang menggoda di hadapannya. Namun pastikan aksi tersebut tidak nampak seperti dibuat-buat, lakukan dengan bersahaja. Tidak sampai lima minit suami mungkin sudah merentap tangan anda masuk ke bilik.

5. Kepuasan isteri
Ramai wanita yang menyangka lelaki hanya mementingkan diri sendiri dalam hubungan seks. Bagi mereka suami akan puas setelah mereka mengalami ejakulasi tanpa mengira kepuasan isteri. Namun sebenarnya walaupun suami sudah mencapai ejakulasi namun ia belum tentu memuaskan hatinya. Seorang suami sebolehbolehnya mahu isterinya merasai kepuasan yang sama. Itulah kepuasan seks yang sebenar bagi lelaki sejati. Oleh itu sebaiknya seorang isteri tidak berpura-pura mencapai kepuasan seks ketika bersama suami. Lakonan ini bermakna anda telah membohongi suami anda sendiri.Berbincanglah dengan suami sekiranya anda tidak mencapai nikmat dalam hubungan seks kerana membiarkan ia berlarutan mungkin membahayakan keadaan rumah tangga anda dalam jangka masa panjang. lll
Back to top Go down
View user profile http://kelantan2u.forumms.net
 
5 KEINGINAN SUAMI DI RANJANG
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KELANTAN FORUM2U :: .::INFORMASI::. :: ::SEKSOLOGI::-
Jump to: