KELANTAN FORUM2U
Selamat datang Ke KELANTAN FORUM 2U** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan KELANTAN FORUM 2U.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. KELANTAN FORUM 2U.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada : kelantanforum2u@gmail.com (forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli KELANTAN FORUM 2U dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki KELANTAN FORUM 2U tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari KELANTAN FORUM 2U ,GOMO KELATE GOMO....
KELANTAN FORUM2U

KELANTAN FORUM UNTUK ANAK KELANTAN,GOMO KELATE GOMO
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Facebook Kelantan Forum 2u
Radio IRDKFm Online
iRdk fM merupakan radio yang menggunakan sistem shoutcast dan bukannya radio komersial. Semua lagu2 yg disiarkan hanya bertujuan untuk promosi sahaja. Dapatkan CD yg original dikedai2 CD yg berhampiran
klik play jika radio tidak play secara automatik
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
pilih player pilihan anda jika player diatas bermasaalah
Berminat untuk letak radio & cbox diblog anda? klik
CODE
INFO RAKYAT DALAM KOMUNITI
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
MALAYSIA FORUM
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
[Click Here To Join Forum]
Please Donate This Forum
follow
Latest topics
Free counter and web stats

Share | 
 

 KESAN KEJATUHAN NILAI WANG RINGGIT MALAYSIA DAN PERSEDIAAN HADAPI KRISIS EKONOMI

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
guidi593



Posts : 9
Points : 23
Join date : 11/07/2012
Location : bachok kelantan

PostSubject: KESAN KEJATUHAN NILAI WANG RINGGIT MALAYSIA DAN PERSEDIAAN HADAPI KRISIS EKONOMI   Wed Jul 15, 2015 5:40 am



Apakah kesan kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia, kebaikkan dan keburukkan penurunan nilai matawang ringgit dan persediaan menghadapi krisis ekonomi.
Kejatuhan nilai matawang Malaysia semenjak 2014 yang semakin parah boleh memberi kesan kepada ekonomi negara dan kesan kepada rakyat Malaysia. Adakah kejatuhan nilai wang akan memberikan impak negatif kepada kehidupan kita? Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia adalah di sebabkan oleh nilai matawang dolar Amerika Syarikat yang mengukuh. Mata wang dolar AS digunakan sebagai pengukur matawang negara lain ataupun mengukur harga komoditi seperti harga emas dan harga minyak. Kelemahan harga minyak mentah global juga adalah penyebab kepada kejatuhan ringgit Malaysia.

Kejatuhan nilai ringgit terburuk dalam tempoh lima tahun sebenarnya adalah fenomena antarabangsa berikutan hampir semua matawang negara pesat membangun mengalami kejatuhan berbanding dolar. Kejatuhan nilai matawang adalah disebabkan krisis ekonomi dunia dimana 174 matawang dunia mengalami kesan kejatuhan matawang dimana hanya 18 matawang sahaja yang mengukuh berbanding dolar. Namun matawang Malaysia adalah matawang yang paling banyak mengalami kejatuhan nilai wang berbanding dikalangan negara Asia.



Sesungguhnya, sesuatu perkara yang barlaku ada kesan baik dan buruk. Contohnya, kita terlibat dalam kemalangan, maka kita mendapat kesan buruk kerana kehilangan wang sebaliknya kesan baik bagi pihak kedua seperti kedai bengkel baiki kenderaan. Apakah kebaikkan kepada kita? Sebagai orang islam kita mesti percaya kepada Qada dan Qadar, dimana kita juga mendapat kebaikkan iaitu pengajaran, ilmu dan pengalaman peristiwa tersebut yang lebih berharga...Sesungguhnya ilmu atau pengalaman lebih berharga dari wang ringgit.

Kelebihan penurunan nilai matawang ringgit malaysia :

Nilai mata wang yang rendah juga memberikan kebaikan kepada negara Malaysia. Nilai mata wang yang rendah telah membuka peluang kepada negara kita untuk bersaing di dalam pasaran eksport kerana produk kita menjadi lebih murah berbanding negara yang stabil nilai mata wangnya. Kerajaan telah menyusun beberapa tindakan untuk memastikan perolehan daripada eksport meningkat seterusnya memastikan Imbangan Akaun Semasa kita sentiasa positif.
Nilai matawang yang rendah akan menambah tarikkan pelancong datang ke Malaysia untuk melancong dan berbelanja kerana dapat wang pertukaran Ringgit Malaysia yang banyak. Kerajaan juga, bagi merancakkan kemasukan modal daripada luar telah menyusun beberapa pelan untuk mempromosi sektor perlancongan negara kita. Antaranya seperti menghapuskan caj permohonan visa kepada pelancong luar.

Keburukan penurunan nilai matawang ringgit Malaysia.

Hakikat sebenarnya, kejatuhan nilai matawang memberi impak kesan buruk melebihi daripada kesan baik. Tidak ada negara di dunia yang mahukan nilai wangnya rendah. Kejatuhan nilai matawang memberi lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan terutama kesan buruk kepada rakyat berpendapatan kecil sesebuah negara.

Antara kesan negatif penurunan nilai matawang RM iaitu :

1. Barangan Import lebih mahal.
Barangan import yang dijual dalam malaysia lebih mahal kerana Malaysia akan mengeluarkan lebih nilai wang untuk membayar harga barangan tersebut disebabkan nilai tukaran ringgit yg jatuh. Ini menyebabkan harga barangan import atau yang mengandungi komponen import yang tinggi akan meningkat. Pembekal barangan import tidak akan menanggung kerugian kesan dari kejatuhan nilai Ringgit ini akan memindahkan beban tersebut kepada pengguna. Jadi harga barangan import akan meningkat mahal.

2. Harga barangan akan naik
Harga barangan keperluan juga meningkat naik kesan daripada kejatuhan nilai matawang, cukai barangan dan perkhidmatan GST, harga minyak yang tinggi dan sebagainya. Kesan kenaikkan harga barangan akan meluas kepada semua barangan keperluan di sebabkan kejatuhan matawang ringgit malaysia.

3. Kuasa beli rakyat di luar negara berkurang.
Kuasa beli rakyat di luar negara atau pelancong Malaysia berkurang dengan penurunan nilai matawang Malaysia. Perbelanjaan yang lebih mesti dikeluarkan untuk bercuti atau hidup di luar negara kerana kuasa membeli barangan di luar negara adalah berkurang.
Kejatuhan nilai Ringgit Malaysia memberikan kesan yang ketara kepada kita selaku mahasiswa yang menuntut di luar negara. Jumlah wang saku yang dilihat mengecil, bebanan untuk membayar yuran pengajian semakin memberat, simpanan menggunakan ringgit menyusut kuasa belinya dan sebagainya.

4. Inflasi
Inflasi mungkin berlaku apabila barangan Import yang lebih mahal akan meningkat harga barangan import menyebabkan inflasi tarikan permintaan. Firma atau pengeksport mempunyai kurang insentif untuk mengurangkan kos kerana mereka boleh bergantung kepada penurunan nilai bagi meningkatkan daya saing. Kebimbangan adalah dalam penurunan nilai jangka panjang boleh membawa kepada produktiviti yang lebih rendah kerana penurunan dalam insentif dan berlaku inflasi.

5. Penurunan Harga Minyak.
Harga minyak berkadar songsang dengan nilai dolar amerika. Jadi bila nilai dolar naik, harga minyak turun dan nilai matawang malaysia juga mengalami penurunan. Harga minyak mentah dunia telah mencatatkan sejarah apabila mencecah serendah 48 USD/setong dimana Penurunan harga hampir 50% daripada harga tahun lalu yang setinggi USD100-115/setong telah menjejaskan pendapatan Malaysia yang merupakan negara pengeksport minyak mentah.

Kita tidak dapat meramal bilakah krisis ekonomi akan berakhir. Kita juga tidak boleh menjangka krisis ekonomi akan semakin pulih atau semakin buruk. Langkah persediaan dan berjaga-jaga hendaklah diambil dari sekarang sebagai perlindungan di masa depan.

Langkah persediaan menghadapi krisis ekononi :

1. Persediaan sikap
Sikap kita perlu diubah agar fokus kepada perkara yang bermunafaat seperti pelaburan serta perniagaan emas fizikal daripada memikirkan krisis ekonomi. Jauhi berita-berita yang tidak sahih yang tersebar melalui media sosial seperti whatsapp, facebook dan sebagainya yang membuat fikiran berserabut, tidak berguna dan membuang masa.

Bagi saya, formula untuk bahagia dan berjaya dalam hidup ialah 5S iaitu Senyap, Senyum, Sabar, Syukur dan Selalu. Maksubnya dalam hidup ini kita mesti selalu senyum, sabar, senyap dan syukur. "selalu” bermaksub terus bertindak dan tindakan berterusan. Sikap yang akan membolehkan kita bahagia walaupun mempunyai masalah atau mempunyai kesempitan wang ringgit iaitu senyum, sabar, syukur dan senyap. Senyap maksubnya tidak bercakap hal tidak baik, tidak berfaedah atau berhenti berbicara atau menulis berita tentang krisis ekinomi dan sebagainya yang tidak memberi faedah, tapi mungkin akan mendapat kebencian dari kawan-kawan.
Pilihlah untuk berbahagia bukan bererti kita tidak peduli terhadap masalah-masalah di sekeliling kita ataupun memaksakan senyum di wajah kita, tetapi kita berfokus pada hal-hal indah yang dapat memberikan kita kesenangan, membuat kita tersenyum dan bersyukur atas kehidupan ini.

2. Persediaan tindakan hadapi krisis ekonomi.
Setelah persediaan sikap dan mental maka tindakan seterusnya ialah persedian tindakan menghadapi krisis ekonomi akibat kejatuhan nilai ringgit mslaysia. Langkah persediaan pertama adalah berjimat cermat. Kejatuhan nilai wang ringgit Malaysia, kenaikkan harga minyak dan gst (cukai barangan dan perkhidmatan) menyebabkan harga barangan naik dan kuasa membeli berkurang jadi langkah penjimatan mesti dilakukan segera seperti langkah penjimatan perbelanjaan harian dengan hanya membeli barang keperluan penting, penjimatan minyak petrol dengan mengurangkan perjalanan, penjimatan tenaga elektrik dan penjimatan dalam semua aspek kehidupan.

Kita juga perlu mengurangkan pembelian barangan import dan melancong ke luar negara pada masa krisis ekonomi ini. Melancong ke luar negara yg mempunyai nilai matawang tinggi atau membeli barang import pada masa kejatuhan duit malaysia adalah merugikan kerana kita memperolehi nilai tukaran yang sedikit. Contonya, Saya selalu membeli barangan siam seperti di sungai golok, munduk atau sungai taba thailand dimana dalam ekonomi biasa, tukaran RM kepada wang baht thailand adalah RM300 bersamaan 3000 bath atau lebih. Beberaapa bulan lepas bila tukar RM300 hanya dapat 2600 bath sahaja. Kini harga ringgit turun lagi, jadi wang tukaran yang diperolehi lagi sedikit.

3. Persediaan dana simpanan.
Penyimpanan emas fizikal adalah persedian terbaik untuk menghadapi krisis ekonomi berbanding penyimpanan wang ringgit. Pengeluaran sebahagian simpanan wang adalah tindakan bijak semasa kejatuhan nilai wang kerana penyimpanan duit ringgit dalam bank mengurangkan nilai wang. Pembelian emas fizikal dan dijadikan simpan jangka panjang adalah warisan nenek moyang kerana harga emas akan meningkat, selamat, mudah dijual dan dibawa kerana berharga dan laku seluruh dunia. Bertindak membeli emas fizikal dan menabung emas pada harga rendah kini, klik segera http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/ untuk mula menabung emas fizikal sebagai pelindung harta di masa depan.



Anda juga boleh membeli dan menyimpan emas dengan modal yang rendah iaitu bermula RM100 atau membeli 1 gram emas 24k. Program kumpul emas Pertama Di Asia, dikenali Gold Accumulation Program ( GAP ) adalah program kumpul emas dalam akaun GAP setiap bulan atau bila mempunyai wang dan keluarkan emas fizikal, sama ada jongkong emas atau emas dinar 24k LBMA tanpa cukai gst di 18 cawangan public gold. Program kumpul emas fizikal modal kecil ini amat sesuai pada masa kejatuhan nilai matawang sebagai faktor penjimatan dan perlindungan kebocoran wang. Maklumat lanjut mengenai pelaburan emas fizikal modal rendah melalui program GAP, sila klik http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/cara-beli-emas/cara-membeli-gold-bar-1-gram-program-gap-public-gold/.

Peluang terbuka untuk terus menjadi pengedar emas atau dealer Public Gold sempena promosi raya aidilfitri 2015 public gold iaitu tawaran menjadi pengedar emas atau peniaga emas dengan membeli emas program GAP modal kecil, berminat klik http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/promosi-raya-beli-emas-murah-dapat-berniaga-emas/.

Krisis ekonomi Malaysia kerana nilai ringgit malaysia jatuh, diharap tidak sangat mempengaruhi ekonomi Malaysia kerana negara Malaysia adalah negara yang stabil, negara pertanian yang tidak bergantung kepada barang import dan hutang negara yang sedikit. Saya secara peribadi optimis bahawa krisis ekonomi ini akan pulih terutama apabila harga minyak dan harga emas naik. Apa yang patut kita lakukan sebagai rakyat Malaysia adalah sama-sama bersatu menangani krisis ekonomi dan menjadikan Malaysia sebagai negara aman makmur dan damai.

SEKIAN TERIMA KASIH
Back to top Go down
View user profile http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com
 
KESAN KEJATUHAN NILAI WANG RINGGIT MALAYSIA DAN PERSEDIAAN HADAPI KRISIS EKONOMI
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KELANTAN FORUM2U :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to: