KELANTAN FORUM2U
Selamat datang Ke KELANTAN FORUM 2U** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan KELANTAN FORUM 2U.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. KELANTAN FORUM 2U.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada : kelantanforum2u@gmail.com (forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli KELANTAN FORUM 2U dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki KELANTAN FORUM 2U tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari KELANTAN FORUM 2U ,GOMO KELATE GOMO....
KELANTAN FORUM2U

KELANTAN FORUM UNTUK ANAK KELANTAN,GOMO KELATE GOMO
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Facebook Kelantan Forum 2u
Radio IRDKFm Online
iRdk fM merupakan radio yang menggunakan sistem shoutcast dan bukannya radio komersial. Semua lagu2 yg disiarkan hanya bertujuan untuk promosi sahaja. Dapatkan CD yg original dikedai2 CD yg berhampiran
klik play jika radio tidak play secara automatik
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
pilih player pilihan anda jika player diatas bermasaalah
Berminat untuk letak radio & cbox diblog anda? klik
CODE
INFO RAKYAT DALAM KOMUNITI
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
MALAYSIA FORUM
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
[Click Here To Join Forum]
Please Donate This Forum
follow
Latest topics
Free counter and web stats

Share | 
 

 KOLEKSI MUTIARA KATA: PENAWAR JIWA,SANTAPAN AKAL

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin Bomi
[admin]
[admin]


Posts : 93
Points : 216
Join date : 21/03/2011
Location : kuala krai

PostSubject: KOLEKSI MUTIARA KATA: PENAWAR JIWA,SANTAPAN AKAL   Fri Jun 24, 2011 11:21 pm

o JANGAN IMPIKAN SUAMI SEHEBAT RASULLAH S.A.W JIKA DIRI TIDAK SEANGGUN SAIDATINA KHADIJAH

o SESIAPA YANG MENINGGALKAN CINTA DUNIA YANG BERLEBIHAN AKAN DIKURNIAKAN CINTA AKHIRAT YANG HAKIKI

o PANDANGAN MATA SELALU MENIPU , PANDANGAN AKAL SELALU TERSALAH , PANDANGAN NAFSU SELALU MELULU , PANDANGAN HATI ITU YANG HAKIKI , JIKA LAHIRNYA DARI IMAN DAN TAQWA .

o ILMU ADALAH HARTA KEPADA SI MISKIN , ADALAH KEHORMATAN BAGI SI KAYA , ADALAH KENANGAN DI HARI TUA .

o USAHA + TAWAKKAL + DOA = KEJAYAAN DAN KEREDHAAN ALLAH

o BERPIJAK DI ATAS BUMI NYATA , BAGAI MENITI JAMBATAN BARA . OLEH ITU , PILIHLAH JALAN YANG LURUS DAN BENAR AGAR KITA MENCAPAI KESEMPURNAAN DAN KEBAHAGIAAN HIDUP .

o DI MANA ADA KEMAHUAN , DI SITU ADA JALAN , DI MANA ADA KEMENANGAN , DI SITU ADA KECEMERLANGAN

o JADIKAN KEYAKINAN SEBAGAI PEGANGAN HIDUP , DORONGAN SEBAGAI TEMAN SETIA , PUTUS ASA DIJADIKAN MUSUH DURJANA , DAN JADIKAN TEKUN DAN USAHA SEBAGAI TANGGA KEJAYAAN .

o YANG DI ATAS ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA YANG DI BAWAH , TETAPI APABILA SUDAH BERADA DI ATAS , JANGANLAH DILUPAI YANG DI BAWAH KERANA DI BAWAHLAH PUNCANYA DI ATAS .

o SEBAIK – BAIK SAHABAT ITU IALAH ORANG YANG TIDAK PERNAH BERUBAH KEBAIKANNYA , MESKIPUN ZAMAN TERUS BERUBAH .

o CARILAH ILMU KERANA APABILA KAMU KUFUR MAKA ILMU ITULAH HARTAMU DAN BILA KAMU KAYA , ILMU ITU MENJADI PERHIASAN DIRIMU .

o BERIMAN DAN BERILMU SUMBERNYA IALAH ILMU . ILMU DIPEROLEHI DENGAN BELAJAR . TIDAK ADA IMAN KALAU TIDAK ADA AMAL , DAN TIDAK ADA PULA AMAL KALAU TIDAK IKHLAS - HUKAMA’-


o BARANGSIAPA YANG TIDAK ADA ADAB , BERERTI DIA TIDAK ADA ILMU . BARANGSIAPA YANG TIDAK ADA KESABARAN , BERERTI DIA TIDAK ADA AGAMA . DAN BARANGSIAPA YANG TIDAK ADA SIFAT WARAK , BERERTI DIA TIDAK DEKAT DENGAN TUHANNYA - HASAN BASRI -

o GELAP ITU ADA LIMA PERKARA . GELAP HARI KERANA MALAM ; GELAP MATA KERANA BUTA ; GELAP OTAK KERANA TIDAK BERILMU ; GELAP HATI KERANA TIDAK BERAGAMA ; DAN GELAP KEHIDUPAN KERANA LEMAH EKONOMI .

o ILMU ITU ADALAH SEBAIK – BAIK PUSAKA - ALI BIN ABI TALIB

o ADA EMPAT TANDA – TANDA ORANG YANG BERAKAL : CINTA PADA ILMU , TIDAK BERUBAH MUKANYA WAKTU MENERIMA UMPAT DAN PUJI , BAGUS JAWAPAN DAN BANYAK BENARNYA .
- CENDEKIAWAN -

o ORANG YANG BERBUDI PEKERTI MULIA DAN BERILMU ITU JERNIH MUKANYA ; LAPANG DADANYA ; DAN SUCI HATINYA DAN LEMAH LEMBUT PERKATAANNYA DAN BAIK SEGALA PERBUATANNYA - HUKAMA’ -

o EMPAT TANDA KESEMPURNAAN : ILMU DENGAN MANFAAT , AGAMA DENGAN TAQWA , AMAL DENGAN NIAT SERTA KEMULIAAN DENGAN KELEBIHAN . - ZAHID -

o ORANG YANG BERILMU ITU SELALU MENANG DALAM PERGAULAN KERANA DIA MEMBIASAKAN SENYUM APABILA DICACI , LEMAH LEMBUT BILA DIHINA , DIAM BILA DIMARAHI DAN MEMBALAS KEBAIKAN BILA ORANG BERBUAT KEJAHATAN .

o TUJUAN PENDIDIKAN YANG PALING TINGGI BUKANLAH PENGETAHUANNYA TETAPI TINGKAHLAKU ATAU PERBUATANNYA , ERTINYA MEMPRAKTIKKAN ILMU PENGETAHUAN YANG B DIPELAJARINYA - ABDUL ISLAMI -

o APABILA MENINGGAL DUNIA SEORANG MANUSIA , MAKA PUTUSLAH AMALNYA KECUALI IGA PERKARA IAITU ILMU YANG BERMANFAAT , ANAK SOLEH YANG MENDOAKAN DAN SEDEKAH JARIAH IAITU HARTA YANG DIWAKAFKAN .
- HADIS


o BARANGSIAPA YANG MATI DALAM MENUNTUT ILMU BERTUJUAN UNTUK MENGHIDUPKAN ISLAM , MAKA ANTARA DIA DAN PARA NABI ADALAH SATU DARJAT DALAM SYURGA - HADIS -

o BARANGSIAPA YANG MENUNTUT ILMU , BERERTI DIA MENCARI SYURGA . DAN BARANGSIAPA YANG BERBUAT DOSA , BERERTI DIA MENCARI NERAKA - SAIDINA ALI -

o ILMU DAN KEPANDAIAN ITU ADALAH SAHABAT YANG SETIA DALAM HIDUP SAMPAI KE PENGHUJUNG UMUR KITA .

o ILMU ITU WARISAN NABI – NABI , SEDANGKAN HARTA ADALAH WARISAN QARUN , SYIDAD DAN FIR’AUN .

o ILMU AKAN MENJAGA PEMILIK ILMU , SEDANGKAN HARTA MINTA DIJAGA

o ORANG YANG BERILMU DISEBUT KARIM ( MULIA ) SEDANGKAN ORANG YANG BERHARTA DISBUT BAKHIL .

o HARTA AKAN ROSAK DITELAN ZAMAN SEDANGKAN ILMU TETAP KEKAL UTUH .

o ORANG BERHARTA AKAN LUPA MENGAKU ALLAH TETAPI ORANG YANG BERILMU AKAN INGAT DAN MENGAKU SEBAGAI HAMBA ALLAH .

o HARTA BOLEH DICURI SEDANGKAN ILMU TIDAK BOLEH DICURI .

o ORANG YANG BERHARTA AKAN DIHISAB SEDANGKAN ORANG YANG BERILMU MENDAPAT SYAFAAT .

o INSAN YANG BERILMU RAMAI KAWANNYA SEDANGKAN ORANG YANG BERHARTA BANYAK MUSUHNYA .

o SECARA SEMULAJADI SEMUA MANUSIA ITU SAMA , TAPI PALAJARANLAH YANG MENJADIKAN MEREKA CUKUP BERBEZA - BIDALAN CINA -

o KEJAYAAN CEMERLANG ITU MEMBAHAGIAKAN . SAMPAI BILAKAH ANDA SANGGUP BERDUKACITA ?

o KEJAYAAN ITU BUAH HASIL DARI KEMAHUAN YANG TINGGI DAN USAHA YANG GIGIH

o KEJAYAAN BUKAN DATANG SEKALI . KEJAYAAN ITU MERINTIS KEJAYAAN . BILA SUDAH MENCAPAI KEJAYAAN DI SATU TAHAP , MAKA KITA HARUSLAH TERUSKAN LAGI USAHA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN YANG LEBIH TINGGI. BERUSAHALAH HINGGA SAMPAI SAATNYA AJAL KITA .

o AKAL ITU ADALAH PENASIHAT MANAKALA NAFSU MERUNTUN AGAR KITA LALAI .

o TIDAK ADA KEJAYAAN TANPA PERLU BERSUSAH – SUSAH

o ADA MASA KITA PERLU MENANGIS AGAR KITA TAHU DUNIA IN BUKAN UNTUK KETAWA . ADA MASA KITA PERLU KETAWA AGAR KITA TAHU BETAPA BERNILAINYA SETITIS AIR MATA .

o HIDUPLAH BIARLAH BERBAKTI BIARPUN TIDAK DIPUJI

o KEGAGALAN ITU MERUPAKAN GURU YANG PALINA BERKESAN .

o KEJAYAAN BERMULA DRI SIKAP PERCAYA PADA DIRI SENDIRI DAN KESEDIAAN UNTUK MENGAKUI KEADAAN DIRINYA SECARA JUJUR .

o SEBAIK – BAIK KAWAN ADALAH ORANG YANG MEMERHATIKAN KEPENTINGANMU , BUKAN KERANA KEPENTINGAN YANG DIHARAPKAN DARIPADAMU UNTUK DIRINYA .

o UNSUR TERKECIL PALING BERHARGA PADA MANUSIA ADALAH PEMAHAMAN DIRI , KERANA DARI SANA SEMUA CITA – CITA DAPAT DICAPAI .

o IMPIAN IALAH SESUATU YANG DISERTAI DENGAN PERBUATAN , JIKA TIDAK DISERTAKAN DENGAN PERBUATAN MAKA IA DISEBUT ANGAN – ANGAN .

o BERCAKAP TANPA BERFIKIR SEPERTI MENEMBAK TANPA SASARAN - FULLER -

o JANGAN TANYA APA YANG DIBUAT OLEH NEGARA UNTUKMU , TETAPI TANYALAH APA YANG BOLEH KAMU BUAT UNTUK NEGARA - ABRAHAM LINCOLN -

o MANUSIA LAHIR DIBEKALI DUA MATA DENGAN SATU MULUT AGAR DIA BOLEH MELIHAT DUA KALI LEBIH BANYAK DARIPADA BERCAKAP - COLTON -

o SESIAPA YANG CINTA KERANA ALLAH , MARAH KERANA ALLAH , MEMBERI KERANA ALLAH , MENEGAK KERANA ALLAH , MAKA SESUNGGUHNYA TELAH SEMPURNA IMANNYA - ABU DAUD DAN AT – TERMIZI -

o SESUNGGUHNYA ENGKAU TIDAK AKAN MEMPEROLEH APA YANG ENGKAU SUKAI , MELAINKAN DENGAN KESABARANMU ATAS APA YANG TELAH ENGKAU SUKAI - NABI ISA A.S -

o AGAMA TANPA ILMU ADALAH BUTA , MANAKALA ILMU TANPA AGAMA ADALAH LUMPUH - ALBERT EINSTEIN -

o CITA – CITA PERLU BAGI MANUSIA YANG HIDUP . MANUSIA YANG TIDAK MEMPUNYAI CITA – CITA SEPERTI MATI KERANA HAKIKATNYA MANUSIA YANG TIDAK BERCITA – CITA SUDAH MATI BATINNYA DAN KEMATIAN BATINNYA SAMALAH SEPERTI HIDUP DALAM KUBUR - ABU HANAFIAH -

o URUSAN YANG KECIL AKAN MENJADI BESAR BAGI ORANG YANG BERJIWA KECIL , MANAKALA URUSAN YANG BESAR AKAN MENJADI KECIL BAGI ORANG YANG BERJIWA BESAR .

o KATA – KATA YANG LEMAH LEMBUT DAN BERADAP DAPAT MELEMBUTKAN HATI MANUSIA YANG KERAS .

o KALAU KITA MEMERINTAH KEKAYAAN , KITA AKAN MENJADI KAYA DAN BEBAS , SEBALIKNYA KALAU KEKAYAAN MEMERINTAH KITA , KITA AKAN MENJADI MISKIN . - EDMURD BURKE -

o ORANG YANG MEMILIKI KECINTAAN YANG BAIK , MALU UNTUK MELAKUKAN KEJAHATAN .

o JANGAN SEPERTI AYAM JANTAN YANG INGAT BAHAWA MATAHARI TERBIT UNTUK MENDENGAR KOKOKNYA .

o KEBAHAGIAAN ITU TIDAK SENTIASA KESENANGAN , TETAPI BIASANYA KEMENANGAN - FOSDICK -

o ORANG YANG BELUM PERNAH GAGAL SEBENARNA ORANG YANG BELUM PERNAH MENCUBA - EMMET LE COMPTE -

o KATA – KATA YANG LEMAH LEMBUT DAN BARADAB DAPAT MELEMBUTKAN HATI MANUSIA YANG KERAS .

o ORANG YANG HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI AKAN MENCIPTA BANYAK LAWAN - CONFICIUS -

o KEMULIAAN HATI IALAH MEMBERI MAAF ATAS KESALAHAN KAWAN – KAWANYA

o JANGAN DIIKUT PERANGAI LAMPU , MENERANGI ORANG LAIN TETAPI DIRINYA SENDIRI TERBAKAR . SEBALIKNYA CONTOHILAH PERANGAI BULAN , SETIAP KALI BERTENTANGAN DENGAN MATAHARI , BULAN AKAN MENDAPAT CAHAYA - AL – KINDI -

o JANGAN MENGELUH HANYA KERANA TIDAK MEMPUNYAI KASUT SEBELUM MELIHAT ORA NG YANG TIDAK MEMPUNYAI KAKI - EDWARD YOUNG -

o KEIKHLASAN ITU MEMBERSIHKAN DARIPADA SEGALA KEKOTORAN - AL-JUNAID AL-BAGHDAD -

o APABILA SESUATU BANGSA ITU MENGHINA BANGSANYA , KETIKA ITULAH BANGSA LAIN TURUT MENGHINANYA

o ORANG YANG PALING TIDAK BAHAGIA IALAH MEREKA YANG PALING TAKUT AKAN PERUBAHAN - MITZ -

o ORANG CEMERLANG SELALU MEMBENTUK NIAT YANG MURNI UNTUK SETIAP KEGIATAN YANG DILAKUKAN
- DATO’ DR. FADZILAH KAMSAH -

o ORANG CEMERLANG SENTIASA MELAKUKAN SETIAP KEGIATAN SEBAIK MUNGKIN . KOMIYMEN TERHADAP TUGAS AMAT TINGGI DAN SENTIASA MEMBUAT PERSEDIAAN RAPI
- DATO’ DR FADZILAH KAMSAH -

o ORANG CEMERLANG SENTIASA MENCARI PENGHALANG ATAU PEMBANTUT KECEMERLANGAN . EBANYAKAN ORANG ENGGAN MENERIMA HAKIKAT YANG MEREKA SEBENARNYA BERMASALAH
- DATO’ DR FADZILAH KAMSAH -

o ORANG CEMERLANG SENTIASA MENCARI HIKMAH ATAS SETIAP APA YANG BERLAKU . MEREKA SENTIASA REDHA DAN BERSYUKUR
- DATO’ DR FADZILAH KAMSAH -

o ORANG CEMERLANG SENTIASA MENJAGA IBADAH DENGAN SEMPURNA . ORANG YANG INGKAR PERINTAH TUHAN PASTI GAGAL DUNIA AKHIRAT
- DATO’ DR FADZILAH KAMSAH -

o ORANG CEMERLANG SENTIASA FOKUS PADA KEJAYAAN DAN MEMPUNYAI VISI DAN MISI YANG BESAR DAN BERMAKNA
- DATO’ DR FADZILAH KAMSAH -

o ORANG CEMERLANG SENTIASA DAHAGAKAN ILMU DAN BERTERUSAN MENCARI ILMU . BERAPA BUAH BUKU YANG ANDA BELI SETIAP BULAN ? KITA PELU BELAJAR DAN BELAJAR
- DATO’ DR FADZILAH KAMSAH -

o ORANG CEMERLANG SENTIASA BELAJAR DARIPADA KESILAPAN LALU . ORANG YANG BERJAYA BUKANNYA TIDAK PERNAH JATUH , TETAPI BANGKIT SEMULA SETIAP KALI JATUH . KEGAGALAN EBENAR IALAH APABILA KITA BERHENTI MENCUBA .
- DATO’ DR FADZILAH KAMSAH -

o ORANG CEMERLANG SENTIASA CERIA DAN BERSEMANGAT . GUNAKAN PELBAGAI KAEDAH DAN CARA BAGI MEMASTIKAN KITA CERIA AN BERSEMANGAT SETIAP HARI .
- DATO’ DR FADZILAH KAMSAH -

o ORANG CEMERLANG SENTIASA FOKUS PADA APA YANG DAPAT DILAKUKAN DAN TIDAK PERLU RISAU BERKENAAN APA YANG TIDAK MAMPU DILAKUKAN
- DATO’ DR FADZILAH KAMSAH -


o JAGALAH DIRIMU DARI API NERAKA MESKIPUN SENGAN SEDEKAH DARI SEBIJI KURMA , MAKA JIKA TIDAK DAPAT , MAKA SEPATAH KATA YANG BAIK .
- SABDA RASULULLAH -

o PERMULAAN AMALAN SESEORANG HAMBA YANG DIKIRA DI HARI KIAMAT IALAH SEMBAHYANG , MAKA JIKA BAIK SEMBAHYANGNYA MAKA DIKIRA BAIKLAH SELURUH AMALANNYA , JIKA ROSAK SEMBAHYANGNYA MAKA ROSAKLAH SELURUH AMALANNYA .

o JANGAN TERTARIK KEPADA SESEORANG KERANA PARASNYA , SEBAB KEELOKKAN PARAS BOLEH MENYESATKAN . JANGAN PULA TERTARIK KEPADA KEKAYAANNYA KERANA KEKAYAAN BOLEH MUSNAH . TERTARIKLAH KEPADA SESEORANG YANG DAPAT MEMBUATMU TERSENYUM , KERANA HANYA SENYUM YANG DAPAT MEMBUAT HARI – HARI YANG GELAP MENJADI CERAH .

o BENAR BAHAWA KITA TIDAK TAHU APA YANG KITA MILIKI SAMPAI KITA KEHILANGANNYA , TETAPI BENAR PULA BAHAWA KITA TIDAK TAHU APA YANG BELUM PERNAH KITA MILIKI SAMPAI KITA MENDAPATKANNYA .

o AMBILLAH WAKTU UNTUK BERFIKIR , ITU ADALAH SUMBER KEKUATAN
AMBILLAH WAKTU UNTUK BERMAIN , ITU ADALAH RAHSIA MASA MUDA YANG ABADI .
AMBILLAH WAKTU UNTUK BERDOA , ITU ADALAH SUMBER KETENANGAN .
AMBILLAH WAKTU UNTUK BELAJAR , ITU ADALAH SUMBER KEBIJAKSANAAN .

o DARI KESUSAHAN ITU AKAN DIPEROLEH KESENANGAN DAN KEBAHAGIAAN , SEPERTI DURIAN BERDURI KERANA SEDAP ISINYA , KULIT MANGGIS PAHIT SEBAB MANIS DI DALAMNYA , DAN BUNGA ROS BERDURI KERANA HARUM BAUNYA .

o KASIHILAH ORANG YANG ENGKAU KASIHI SEKADARNYA, MUNGKIN DIA AKAN MENJADI ORANG YANG ENGKAU BENCI SUATU HARI NANTI . BENCILAH ORANG YANG ENGKAU BENCI SEKADARNYA , MUNGKIN DIA AKAN MENJADI KESAYANGANMU PADA SUATU HARI NANTI .

o KITA SENTIASA MEMPERTAHANKAN APA YANG KITA TAHU SEDANGKAN KITA SEPATUTNYA TAHU BAHAWA TAK SEMUA YANG KITA TAHU ADALAH BENAR .

o KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA , BUKAN PENCAPAIAN .

o SEBANYAK MANA USAHA YANG KITA TABURKAN , SEBANYAK ITULAH GANJARAN ATAU HASIL YANG KITA PEROLEHI .

o ORANG YANG BERJAYA IALAH MEREKA YANG MENYEDARI KELEMAHANNYA DAN BERUSAHA MENGATASINYA SERTA TAHU KELEBIHAN DAN BIJAK MEMANFAATKANNYA .

SUMBER DARI Yg Laen TanYe sAma Tuan PunyE Blog
Back to top Go down
View user profile
 
KOLEKSI MUTIARA KATA: PENAWAR JIWA,SANTAPAN AKAL
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KELANTAN FORUM2U :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to: