KELANTAN FORUM2U
Selamat datang Ke KELANTAN FORUM 2U** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan KELANTAN FORUM 2U.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. KELANTAN FORUM 2U.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada : kelantanforum2u@gmail.com (forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli KELANTAN FORUM 2U dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki KELANTAN FORUM 2U tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari KELANTAN FORUM 2U ,GOMO KELATE GOMO....
KELANTAN FORUM2U

KELANTAN FORUM UNTUK ANAK KELANTAN,GOMO KELATE GOMO
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Facebook Kelantan Forum 2u
Radio IRDKFm Online
iRdk fM merupakan radio yang menggunakan sistem shoutcast dan bukannya radio komersial. Semua lagu2 yg disiarkan hanya bertujuan untuk promosi sahaja. Dapatkan CD yg original dikedai2 CD yg berhampiran
klik play jika radio tidak play secara automatik
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
pilih player pilihan anda jika player diatas bermasaalah
Berminat untuk letak radio & cbox diblog anda? klik
CODE
INFO RAKYAT DALAM KOMUNITI
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
MALAYSIA FORUM
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
[Click Here To Join Forum]
Please Donate This Forum
follow
Latest topics
Free counter and web stats

Share | 
 

 PESANAN UNTUK ANAK....(HARAPAN IBU BAPA)....

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
kyo azwan
[moderator]
[moderator]


Posts : 21
Points : 49
Join date : 23/03/2011
Location : Dari Pasir Mas Kelantan

PostSubject: PESANAN UNTUK ANAK....(HARAPAN IBU BAPA)....   Wed Mar 23, 2011 10:51 pm

Suatu hari nanti apabila kamu melihat kami menjadi tua,lemah,berkedut,pelupa,hodoh,buruk, tidak cergas,nyanyuk dan tidak bermaya,bersabarlah wahai anakku dan cuba memahami diri kami.

Jika kami makan berselerak,mengotorkan meja,memecahkan pinggan kerana kami tidak mampu memegang pingan lagi,kami tidak mampu untuk menyuapkan nasi ke mulut kami,janganlah memaki hamun kami seperti anjing dan ingatlah ketika kamu masih kecil,kami menyuapkan makanan ke mulut kamu dgn harapan kamu menjadi anak yang sihat dan dapat meneruskan kehidupan,berbeza dengan kamu yang menyuapkan nasi ke mulut kami yang mengharapkan kami akan mati dengan segera.

Jika kami tidak mampu untuk memakai baju dan menyikat rambut kami lagi nanti kerana terlalu lemah dan sakit,jangan lah mengherdik kami seperti kanak-kanak kecil dan ingatlah ketika kami memakaikan kamu baju dan menyikat rambut kamu masih sewaktu kecil dengan penuh kasih sayang…..

Jika kami bercakap dengan kamu,kami mengulanginya lagi cerita dan benda yang sama,janganlah kamu tidak memperdulikan kami.Tumpukan perhatian kepada kami kerana ketika kamu masih kecil,kami membaca buku cerita yang sama sehingga kamu tertidur tanpa rasa jemu dan bosan…..

Jika kami tidak mahu mandi,janganlah memalukan kami dan memarahi kami.Ingatlah ketika kamu masih kecil,kami menyuruh kamu mandi dan kamu memberikan pelbagai alasan,kami tetap bersabar dengan kerenahmu wahai anak-anakku…

Jika ada benda-benda baru yang kami tidak tahu,ajarlah kami dengan lemah lembut.Ingatlah,kami telah banyak mengajar pekara-pekara yang baru kepada kamu ketika kamu masih kecil.Makan dengan betul,memakai baju dengan betul,bersolat,membaca Al-Quraan,menutup aurat,bersabar,jangan bakhil dan jangan takut bila memperjuangkan islam…

Jika kami tidak mahu makan,janganlah terlalu memaksa kami kerana kami akan makan bila sampai masanya.Hulurkan tangan kamu sewaktu kami tidak mampu berjalan seperti kamu mula belajar berjalan.

Jika kami selalu ‘’menyusahkan’’ kamu atau melecehkan kehidupan kamu sebab kami sudak tidak larat lagi,janganlah kamu menghantar kami ke rumah orang-orang tua kerana disitulah tempat yang terakhir sebelum kami berpindah ke alam kubur.Ingatlah ketika kamu masih kecil,kamu selalu ‘’menyusahkan’’ kami dan kami sentiasa berjaga malam untuk memastikan kamu sentiasa selesa dan dapat tidur dengan nyenyak…

Janganlah kamu marah akan keadaan kami.Janganlah kamu sesali dengan keadaan kami.Janganlah kamu malu akan keadaan kami.Jangalah kamu menghina akan keadaan kami.Janganlah kamu memandang jijik akan keadaan kami.Jangalanlah kamu memperlekeh keadaan kami.Janganlah kamu caci maki kami.Janganlah kamu cerca kami….Kerana bila kamu sudah menjadi seperti kami,kamu akan faham akan keadaan kami….

Hanya yang menjadi harapan kami,wahai anakku….
Sedekahkanlah Al-Fatihah sekiranya kami telah berpindah ke alam barzakh,doakan kesejahteraan kami setiap kali selesaikan menunaikan solat seperti yang di ajarkan oleh Allah S.W.T..”Ya Allah,ampunkan lah dosaku dan dosa kedua ibu-bapaku dan rahmatilah kedua-duanya Ya Allah kerana kedua-duanya telah mendidikku semasa kecil sehingga aku mengenali MU Ya Allah..’’
Dan akhirnya anakku,janganlah kamu melakukan kemaksiatan kepada Allah kerana ianya akan menyebabkan kami akan disiksa oleh malaikat-malaikat Allah lantaran dari kealpaan dan kelalaian kami mendidik kamu dahulu…..

‘’Ya Allah,manfaatkanlah kami diatas apa yang Engkau ajar kepada kami,ajarkanlah kami dengan pekara-pekara yang bermanfaat bagi kami.’’

‘’Ya Allah,pandanglah kami dengan pandangan rahmat dan kasih sayang-MU dan janganlah Engkau pandang kami dengan pandangan kemurkaan-MU.’’

‘’Ya Allah,kami merendahkan diri kami yang hina ini,yang jahil ini,yang lemah ini,yang banyak melakukan dosa ini.Ya Allah,ampunkan dosa kami,siapakah yang dapat mengampuni dosa kami yang banyak ini kalau bukan Engkau Ya Allah.’’

‘’Ya Allah,ampunkan dosa ibu kami kerana daripada perutnya yang mulia,maka lahirlah kami sehingga kami dapat menjadi hamba yang sujud kepada-MU Ya Allah..’’

‘’Ya Allah,ampunkan dosa ayah kami kerana telah membanting tulang empat keratnya mencari rezeki untuk membesarkan kami sehingga kami menjadi manusia yang berguna.’’

‘’Ya Allah,ampunkan dosa adik beradik kami,kalau mereka masih tidak menyempurnakan ketaatan mereka kepada-Mu..Ampunkan dosa saudara-mara kami kerana masih ramai di kalangan saudara-mara kami yang masih jauh daripada agama-MU..Ampunkan dosa guru-guru kami,ustad-ustad kami yang tidak pernah jemu-jemu mendidik kami,mentarbiah kami,menegur kami dan memperbetulkan kami..’’

Ya Allah,jadikanlah anak zuriat kami sebagai anak-anak yang soleh dan solehah.Jadikanlah anak-anak kami yang boleh mengusung jenazah kami ke kubur apabila kami mati kelak.Jadikan anak-anak kami yang boleh membaca Al-Fatihah sebagai surah penting apabila berlaku kematian.Jadikan anak-anak kami yang boleh membaca Surah Yasin ketika kami sedang Sakaratulmaut.Jadikan anak-anak kami yang mampu memandikan mayat kami dengan kelembutan dan kasih sayang.Jadikan anak-anak kami sebagai anak yang tidak kekok apabila mendirikan solat jenazah dengan empat kali takbir jika kami mati kelak..Jadikan anak-anak2 kami yang tidak bakhil untuk mendoakan kesejahteraan kami jika kami berpindah ke alam barzakh……


Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Tuhan kami……..
Janganlah Engkau uji kami dengan ujian yang kami xmampu menanggungnya,kalau Engkau uji kami,Engkau akan membuka kelemahan kami,Engkau akan koyakkan tabir-tabir kelemahan kami dan Engkau akan azab kami…

Buat kali terakhirnya Ya Allah…Sekali lagi kami sebagai hamba yang hina,yang jahil Muraqab ini,yang tidak berdaya ini,yang lemah ini…pandanglah kami dengan pandangan Rahmat-Mu,dan janganlah Engkau pandang kami dengan pandangan kemurkaan-Mu.Kami mengharapkan keampunan dan keredhaan-Mu Ya Allah….Amin…..!!!!
Back to top Go down
View user profile http://my-red-heart.blogspot.com/
Admin Hos
Admin


Posts : 29
Points : 74
Join date : 21/03/2011
Location : JERTIH TERENGGANU

PostSubject: Re: PESANAN UNTUK ANAK....(HARAPAN IBU BAPA)....   Thu Mar 24, 2011 1:03 am

Back to top Go down
View user profile http://kelantan2u.forumms.net
Admin Bomi
[admin]
[admin]


Posts : 93
Points : 216
Join date : 21/03/2011
Location : kuala krai

PostSubject: Re: PESANAN UNTUK ANAK....(HARAPAN IBU BAPA)....   Thu Mar 24, 2011 6:56 pm



ayahda & bonda

maafkan daku,
kadang-kadang aku terlupa perkataan ringkas iaitu ucapan terima kasih yang sepatutnya aku ucapkan setiap hari atas kasih sayang yang kau berikan itu. Oleh kerana diri ini terbiasa dengan apa yang telah kamu curahkan kepadaku menjadikan diri ini tidak bersyukur dan alfa.


Adakah esok masih sempat untukku ucpakan terima kasih didepan ayah dan bonda.
Back to top Go down
View user profile
mis_daya
[moderator]
[moderator]


Posts : 10
Points : 18
Join date : 23/03/2011
Age : 24
Location : currently in kedah

PostSubject: rindu mok abah ni :((   Fri Mar 25, 2011 2:31 am

keberkatan hidup kite datang dari mak abah. doa mak abh ngn restu yg penting dalam hayat kite. moge mak abh dlm keadaan sihat sejahtera dan bhgie Smile insyaAllah Smile
Back to top Go down
View user profile http://dayagraphynerd.blogspot.com
kyo azwa
Guest



PostSubject: Re: PESANAN UNTUK ANAK....(HARAPAN IBU BAPA)....   Fri Mar 25, 2011 10:30 am

Demi Allah....Hargai lah Mereka...Sementara mereka masih ada....
Back to top Go down
Sponsored content




PostSubject: Re: PESANAN UNTUK ANAK....(HARAPAN IBU BAPA)....   Today at 9:40 pm

Back to top Go down
 
PESANAN UNTUK ANAK....(HARAPAN IBU BAPA)....
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KELANTAN FORUM2U :: .::MENYEMBANG::. :: .::LUAHAN PERASAAN::..::HEARTS FEELING::.-
Jump to: