KELANTAN FORUM2U
Selamat datang Ke KELANTAN FORUM 2U** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan KELANTAN FORUM 2U.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. KELANTAN FORUM 2U.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada : kelantanforum2u@gmail.com (forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli KELANTAN FORUM 2U dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki KELANTAN FORUM 2U tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari KELANTAN FORUM 2U ,GOMO KELATE GOMO....
KELANTAN FORUM2U

KELANTAN FORUM UNTUK ANAK KELANTAN,GOMO KELATE GOMO
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Facebook Kelantan Forum 2u
Radio IRDKFm Online
iRdk fM merupakan radio yang menggunakan sistem shoutcast dan bukannya radio komersial. Semua lagu2 yg disiarkan hanya bertujuan untuk promosi sahaja. Dapatkan CD yg original dikedai2 CD yg berhampiran
klik play jika radio tidak play secara automatik
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
pilih player pilihan anda jika player diatas bermasaalah
Berminat untuk letak radio & cbox diblog anda? klik
CODE
INFO RAKYAT DALAM KOMUNITI
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
MALAYSIA FORUM
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
[Click Here To Join Forum]
Please Donate This Forum
follow
Latest topics
Free counter and web stats

Share | 
 

 ARTIKEL YG INGIN DIKONGSI BERSAMA :: PERKASA PSIKOLOGI, KAUNSELING MENERUSI ICT

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
nik azyyati nik man



Posts : 1
Points : 3
Join date : 26/03/2011
Age : 29
Location : kuala lumpur

PostSubject: ARTIKEL YG INGIN DIKONGSI BERSAMA :: PERKASA PSIKOLOGI, KAUNSELING MENERUSI ICT   Sat Mar 26, 2011 10:09 pm

PUTRAJAYA - penglibatan secara langsung dengan media serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara lebih meluas adalah antara strategi untuk memperkasakan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam perkhidmatan awam.

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Dr. Ismail Alias berkata; ia termasuk sistem e-psikologi yang memberikan perkhidmatan ujian psikologi secara dalam talian dan e-kaunseling yang memberikan khidmat kaunseling juga secara dalam talian.

"Ini untuk memastikan perkhidmatan dapat difahami dan diterima seterusnya maklumat dapat diakses dengan lebih cepat dan berkesan," katanya ketika merasmikan Seminar Kaunseling Malaysia - Indonesia (Malindo) 2011 di sini semalam.

Ismail berkata, kerajaan menerima dan mengiktiraf kepentingan perkhidmatan psikologi dan kaunseling sejak 1990 dengan kewujudan perkhidmatan itu di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Beliau berkata, ia mampu mengukuhkan pembangunan modal insan selari hasrat kerajaan untuk membentuk negara yang mempunyai masyarakat harmoni dan penyayang, selain membantu merealisasikan misi dan dasar negara.

"Menerusi kepelbagaian fungsi dan pendekatan melalui 3M, mencegah, membangun, dan memulih dapat membentuk masyarakat penyayang dan budaya menyayangi seperti tersurat dalam cabaran ketujuh Wawasan 2020," katanya.

Ismail berkata, perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam perkhidmatan awam perlu diperkukuhkan dari semasa ke semasa melalui kajian impak untuk memastikan keberkesanan pelaksanaannya.

Selain itu, Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia turut diperkenalkan untuk memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa relevan dan berada di landasan betul dan agensi digalakkan mengamalkan Standard Kualiti MS ISO supaya perkhidmatan diberikan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP).

Seminar julung kali diadakan itu adalah program anjuran JPA sebagai usaha mengukuh dan memantapkan perkhidmatan psikologi serta kaunseling dalam perkhidmatan awam, selain merapatkan hubungan kerjasama antara kedua - dua negara.

Seminar itu dihadiri 50 pegawai psikologi sumber manusia perkhidmatan awam dan 60 pegawai akademik Fakultas Ilmu Pendidikan Universitas Negeri Padang (UNP) Indonesia, ia diharap dapat meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam kedua - dua negara.

"Saya percaya sekiranya kekuatan yang ada pada JPA dan UNP dapat digemblengkan, matlamat perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam membangunkan modal insan bertaraf kelas pertama akan dicapai," katanya. - BERNAMA
Back to top Go down
View user profile
Admin Hos
Admin


Posts : 29
Points : 74
Join date : 21/03/2011
Location : JERTIH TERENGGANU

PostSubject: Re: ARTIKEL YG INGIN DIKONGSI BERSAMA :: PERKASA PSIKOLOGI, KAUNSELING MENERUSI ICT   Sun Mar 27, 2011 5:02 am

Menarik
cheers
Back to top Go down
View user profile http://kelantan2u.forumms.net
 
ARTIKEL YG INGIN DIKONGSI BERSAMA :: PERKASA PSIKOLOGI, KAUNSELING MENERUSI ICT
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KELANTAN FORUM2U :: .::INFORMASI::. :: ::SUDUT KAUNSELING:: .::COUNSELING SITE::.-
Jump to: