KELANTAN FORUM2U
Selamat datang Ke KELANTAN FORUM 2U** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan KELANTAN FORUM 2U.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. KELANTAN FORUM 2U.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada : kelantanforum2u@gmail.com (forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli KELANTAN FORUM 2U dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki KELANTAN FORUM 2U tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari KELANTAN FORUM 2U ,GOMO KELATE GOMO....
KELANTAN FORUM2U

KELANTAN FORUM UNTUK ANAK KELANTAN,GOMO KELATE GOMO
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Facebook Kelantan Forum 2u
Radio IRDKFm Online
iRdk fM merupakan radio yang menggunakan sistem shoutcast dan bukannya radio komersial. Semua lagu2 yg disiarkan hanya bertujuan untuk promosi sahaja. Dapatkan CD yg original dikedai2 CD yg berhampiran
klik play jika radio tidak play secara automatik
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
pilih player pilihan anda jika player diatas bermasaalah
Berminat untuk letak radio & cbox diblog anda? klik
CODE
INFO RAKYAT DALAM KOMUNITI
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
MALAYSIA FORUM
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
[Click Here To Join Forum]
Please Donate This Forum
follow
Latest topics
Free counter and web stats

Share | 
 

 Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4
AuthorMessage
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue May 31, 2016 10:13 am

Simple Past Tense is used to express the activity that happen in the past.Adverb of time: Yesterday, last ......, ago, just now.

There are two kinds of simple present.
1. Simple Past Tense with to be ( nominal )
form : S + was/were + complement
example :

I was absent yesterday
We were farmers ten years ago
You were sad yesterday
Was she a teacher two years ago?
Were Dewi and Anton students ten years ago?
Andre was not a pilot five years ago?

2. Simple Past Tense with verb ( verbal )
Form : - Positive :S + V2 + Complement
- Negative : S + did + not + V1
- Interrogative : Did + S + V1

Examples :

I went to work yesterday
I did not go to work yesterday
Did you go to work yesterday?
We attended the class last week
We did not attended the class last week
Did we attend the class last week?

Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Jun 28, 2016 1:53 pm

nasihat irfan khairi...

Tak pandai speaking… semua orang pandai speaking, sebab speaking maksudnya bercakap . Tapi yang selalunya yang dimaksudkan adalah, tak pandai berbahasa Inggeris… tak pandai speaking la tu.

Dua hari lepas ketika saya di rancangan HOT Hello On Two, ada pemanggil (namanya Audrey) membuat panggilan ke studio ketika live on air dan memuji bahasa Inggeris saya. Pelik juga oleh kerana pemanggil-pemanggil yang lain bertanya mengenai Internet, tetapi Audrey memuji bahasa Inggeris saya dan mengatakan “…sounds like music to my ears” (Thank you very much Audrey!).

Bagi anda yang mengenali saya, saya lebih selesa berbahasa Malaysia (Bahasa Melayu ke bahasa Malaysia?Smile ). Menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet pun berbahasa Malaysia pada mulanya (kemudian bari di alih bahasa ke Inggeris). Kalau bercakap dengan kawan-kawan pun, berbahasa Malaysia. Tip satu minit ini pun berbahasa Malaysia.
Jadi, apakah tip untuk fasih berbahasa Inggeris?

Walaupun saya bercakap bahasa Malaysia, menulis bahasa Malaysia, bergaul dalam bahasa Malaysia, tetapi…

Saya berfikir dalam bahasa Inggeris. Setiap masa, saya bercakap dengan diri saya sendiri dalam bahasa Inggeris. Sekiranya ada masalah, saya selesaikannya dalam kepala menggunakan bahasa Inggeris.

Saya dapati, berfikir dalam bahasa Inggeris dapat memperbaiki dan membuatkan saya lebih fasih berbahasa Inggeris. Tambahan, bila kita berfikir, orang tidak tahu yang kita sedang melatihkan diri sendiri sehari suntuk setiap masa.
Kini, dengan banyak berlatih berbahasa Inggeris dalam fikiran, untuk memberi ceramah/talk sehari suntuk dalam English pun tiada masalah.

Berbahasa Inggeris adalah agak penting dalam dunia perniagaan untuk meluaskan lagi pasaran anda.

So, to improve your English, think in English
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Jul 19, 2016 4:05 pm


DS Najib sekarang ni ada di London dalam lawatan rasmi 3 hari. Dan semalam, beliau diberitahu Suruhanjaya Tinggi kita kat sana bahawa lebih kurang 20,000 rakyat Malaysia menyalahguna pas lawatan sosial kat UK...

20,000..??? Perghhhh...!!! Rama betul rakyat Malaysia kat UK... Mungkin depa tak bertumpu di London dan berselerak di seluruh UK... Siapa rakyat Malaysia yang suka salahguna pas lawatan sosial tu...?

Aku pernah ke luar negara dan meh sini aku cerita sikit apa yang berlaku pasal rakyat Malaysia kat negara luar...



Masa aku melawat oversea, aku banyak berjumpa dengan students dan kawan-kawan Melayu. Ada yang belajar dan ada yang mengajar. Ada jugak sorang tu dia dah kahwin dengan "minah saleh" dan jadi PR kat oversea...

Nak tahu apa yang depa cerita? Depa kata, dari jumlah 100% rakyat Malaysia kat oversea, boleh dikatakan hampir 80% mereka tu adalah dari kaum Cina. Depa kata, orang Cina Malaysia suka datang kerja kat oversea...

Sebagai contoh, rakyat Malaysia dibenarkan lepak kat UK selama 6 bulan tanpa memohon visa. Tapi hanya terhad untuk lawatan sosial saja la.. Kalau nak kerja, kena la apply visa...

Tapi, rakyat Malaysia (kebanyakkannya orang Cina laaa..) depa ke oversea untuk bekerja dalam tempoh lebih kurang 5 bulan kat sana. Lepas enjoy melaram kat tempat orang pada bulan ke-6, depa akan cabut balik Malaysia...

Ye laaa.. memang kerja di sana menawarkan gaji yang agak lumayan. Depa kira bayaran ikut jumlah jam. Selalunya lebih kurang 5 pound - 6 pound sterling sejam. Kalau depa kerja 8 jam sehari, depa boleh dapat antara 40 - 48 pound sterling sehari. Kalau convert duit kita, lebih kurang RM200 - RM250 sehari..!!!

Cuba bayangkan kalau depa kerja overtime? Ada jugak yang kerja di 2 tempat dalam sehari. Depa belasah 16 jam sehari dan tiap-tiap hari depa kerja tanpa cuti sehari pun! Majikan depa suka la... kononnya rajin...

Selalunya, orang Cina yang buat macam ni, depa dah ada kawan atau sedara yang depa boleh tumpang kat sana. Kalau takdak, payah sikit depa nak bergerak atau dapat kerja.

Itu la yang aku dengar dari kawan-kawan dan student kita kat sana. Kalau sorang dua yang cerita, mungkin aku cakap cerita depa tu hanya "hearsay". Tapi kalau dah semua cakap macam tu... apa kes bebbbb...???

Kalau nak kerja kat sana english kenalah mantap beb...
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Aug 16, 2016 10:11 am


JACK MA DAN BAHASA YANG MENGUBAH HIDUP

Jack-Ma-Forbes

Jack Ma, mungkin namanya masih asing bagi banyak orang di Indonesia, tetapi bagi para peniaga Jack Ma adalah nama besar. Ia menjadi salah satu orang terkaya di dunia berkat perniagaan onlinenya, alibaba.com.Tapi siapa yang sangka, Jack Ma awalnya adalah seorang guru bahasa Inggeris? Dan sebenarnya, kemampuan berbahasa Inggeris lah yang mengubah jalan hidupnya.

Jack Ma dibesarkan di Hangzhou, China, sebuah yang memang menjadi destinasi pelancongan terkenal. Untuk belajar bahasa Inggeris sendiri, Jack menghabiskan masa di dekat hotel dan bercakap dengan pelancong asing Pada usia remaja, Jack akan memberikan tour pelancongan percuma dalam bahasa Inggeris untuk pengunjung ke Hangzhou West Lake. Itu adalah di akhir 1970-an awal 1980-an ketika China baru sahaja dibuka untuk perniagaan. Para pelancong itu ke China seperti Alien yang datang dari masa depan. Jack mempunyai akses setiap hari untuk mereka, boleh belajar dari mereka, dari situ ia belajar kehidupan di luar China. Ini mungkin kedengaran lucu hari ini, tapi Cina pada masa itu adalah negara yang sangat berbeza dalam hal kemajuan dan pemodenan.

Berkat menjadi tour guide free ini, Jack mengenal satu keluarga dari Australia. Jack terus berhubungan dengan keluarga ini dan pada tahun 1985 ketika ia berusia 19 tahun ia menghabiskan satu bulan mengunjungi mereka di Australia. Perjalanan yang mengubah hidupnya. Mengubah cara pandang kita. Ia dibesarkan dengan mendengar bahawa China adalah negara yang hebat, dll. Sementara melihat negara moden yang nyata untuk pertama kalinya membuka matanya, tetapi lebih penting lagi fikirannya. Dari kenalannya di Australia itu, Jack diyakinkan bahawa ia mempunyai potensi.

Jack masuk ke perguruan tinggi di Hangzhou Teachers University (Sekarang Hangzhou Normal University) di mana dia belajar untuk menjadi Guru Bahasa Inggeris, dan setelah lulus, ia mula mengajar. Anda boleh membayangkan seberapa baik bahasa Inggeris-nya sudah selepas 10 tahun lebih amalan dan belajar. Pada tahun 1995 pada usia 29 ia mengambil perjalanan lain yang akan benar-benar mengubah hidupnya. Ia berangkat ke Amerika Syarikat sebagai penterjemah untuk delegasi perdagangan China ke Seattle. Dalam perjalanan itu ia melihat untuk pertama kalinya Yahoo Portal dan bagaimana pengguna berhubung ke internet. Selepas perjalanan itu ia tahu ia ingin memulakan sebuah syarikat dalam talian di China.

Dan sejarah mencatat kesinambungan kisah Jack Ma. Dari seorang guru bahasa Inggeris menjadi usahawan handal yang berpengaruh bukan sahaja di Asia tetapi juga di dunia. Jack Ma membawa perubahan bagi negaranya, ia menjadi salah satu "wajah" China moden. Sekarang, bolehkah kita membayangkan Jack Ma tanpa kemampuan berbahasa Inggeris? Mungkin ia tak akan ke mana-mana, mungkin ia akan masih menjadi Ma Yun yang merenungi 2x kegagalannya ikut ujian masuk universiti negeri. Dan kemungkinan besar tidak akan pernah ada alibaba.com.

Jadi, rakan rakan, masihkah kalian berfikir bahasa Inggeris hanya sekadar alat komunikasi? Bahasa Inggeris, jelas boleh lebih dari itu. Bahasa Inggeris memberi kita jendela untuk melihat dunia dengan cara yang tak terhingga.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Sep 06, 2016 9:13 am

Kursus B.Inggeris Intensif Sempena Cuti Sekolah ( MUET / SPM / Kerjaya ) >> http://mycambridge.blogspot.my/2016/09/tuisyen-binggeris-intensif-spm-muet.html
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Sep 27, 2016 9:56 am



Belajar bercakap Inggeris adalah antara pilihan yang terbaik dan boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti hidup anda.
Memang tepat sekali pilihan anda.
Bukan suatu yang menarik dan bernilai dalam hidup anda untuk mengakses informasi yang orang lain tidak boleh dapati? Bercakap dan menulis surat kepada orang maha penting dalam hidup anda yang bukan senang dihubungi atau didekati oleh orang lain jika seseorang tidak pandai bercakap Inggeris.
Memberi keyakinan dan menakluk hati orang lain bila sahaja anda membuka mulut anda. Mendapat peluang promosi dan anjakan gaji yang lumayan dalam kerjaya anda dan bersaing dengan sihat bersama rakan seperjuangan yang lain untuk merebut kenaikan pangkat dan jauh mendahului orang lain.
Sudah pasti anda boleh dapat semua ini jika anda pandai bercakap bahasa Inggeris dengan lancar dan tepat.
Mendekati diri dengan ilmu dunia

Apakah yang anda minati? Adakah ia bidang Sains/ Muzik? Komputer? Kesihatan? Perniagaan? Sukan?
Media massa hari ini – merangkumi saluran internet, televisyen, telefon bimbit - memberi anda input ilmu yang tidak ada batasan dalam apa bidang subjek sekali pun yang anda minati. Bukankah kita semua tahu, kita sedang berada dalam era ledakan teknologi informasi.
Hanya satu masalah yang wujud. Kebanyakan dari ilmu ini dicatat dan diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.
Berikut ini adalah antara contoh yang anda boleh guna jika anda menguasai bahasa Inggeris:

Majoriti dari Laman web dalam internet. Terdapat lebih dari satu billion muka informasi dalam internet. Suatu yang menakjubkan ialah anda hanya perlu belajar satu bahasa sahaja untuk anda melayari dan mengenal hampir semua ilmu yang ada dalam internet.
Buku — untuk semua subjek, dari seluruh dunia. Membaca buku yang ditulis oleh pakar atau pengarang berbangsa British atau Amerika Syarikat, atau buku bahasa tempatan lain yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Apa sahaja bidang yang anda minati, anda boleh membacanya dalam bahasa Inggeris.
Surat khabar. Hanyalah majalah dan surat khabar bahasa Inggeris sahaja dapat diperolehi di semua tempat di dunia ini. Anda tidak perlu mencari Time, Newsweek, or the International Herald Tribune!
Sains. Inggeris adalah teras kepada perkembangan Sains di seluruh dunia. Dalam tahun 1997, 95% dari journal dan artikel Sains ditulis dalam bahasa Inggeris. Dari semua ini, hanya 50% ditulis oleh pengarang dari negara berteraskan bahasa Inggeris seperti USA dan Britain.
Lapuran berita. Menonton berita dari rangkaian televisyen antarabangsa seperti CNN International dan NBC. Mereka menyiarkan berita yang lebih pantas, lebih profesional berbanding dengan rangkaian penyiaran kebangsaan yang kecil. Paling menarik sekali, anda dapat menonton berita mereka di semua negara di dunia ini.
Komunikasi dengan orang lain. Kami sering mengaitkan Inggeris sebagai “Bahasa Komunikasi Dunia” . Apa sebabnya? Sebabnya semua orang di dunia ini bersetuju untuk bercakap sesama satu dengan lain dalam Bahasa Inggeris.
Fikirkan, lebih dari 1.5 Billion orang di dunia ini bertutur dengan bahasa Inggeris. Satu billion yang lain pula aktif mempelajari bahasa dunia ini.
75% dari poskad dan surat di dunia ini ditulis dengan menggunakan Inggeris.
Hampir semua persidangan antarabangsa dan pertandingan dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Contohnya, Olimpik dan pertandingan ratu cantik dunia.
Duta dan ahli politik dari semua negara mengguna bahasa Inggeris untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Inggeris adalah bahasa utama Bangsa Bangsa Bersatu, NATO dan Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah

Anda akan dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, jika anda:

Menghubungi orang dari seluruh dunia. Bercerita dan bertukar pendapat dengan melibatkan diri dalam perbualan virtual melalui bilik forum atau chatting room di internet. Hantar email kepada orang yang penting dan belajar budaya hidup mereka.
Melancung dengan lebih mudah. Di mana anda pergi, berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dengan mudah. Lebih dari 100 negara di dunia ini mengguna Inggeris diguna sebagai bahasa pengantara. Bertanya arah , berbual, atau …. Meminta tolong. Manalah anda tahu, Inggeris akan menyelamatkan nyawa anda suatu hari nanti.

Menolak kerjaya anda ke depan

Jika anda mahukan kerja yang baik dalam perniagaan mahupun bidang Sains dan Teknologi, bangunlah dari kerusi sofa anda mulalah belajar Inggeris. (Jika anda telah mempunyai kerja yang baik, mulalah belajar Inggeris agar anda tidak kehilangan kerja anda)
Jelas sekali, Inggeris akan membantu anda:

Paparkan "Penguasaan Inggeris yang cemerlang" dalam biodata anda. Dapatkan kerja impian anda dan nikmati pendapatan yang lumayan.
Dapat ilmu teknikal. Inggeris adalah bahasa teknologi, terutamanya teknologi berstatus tinggi seperti komputer sains, genetik, dan perubatan. Jika anda ingin membaca maklumat dalam bidang teknologi, kemungkinan besar anda perlu mengguna bahasa Inggeris.
Belajar Sains Komputer. Membaca petikan teknikal tanpa sebarang masalah, atau menulis petikan anda sendiri.
Menjadi usahawan bertaraf dunia. Mudah sekali, perniagaan antarabangsa sentiasa dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Dan kebanyakan dari perniagaan hari ini bersifat antarabangsa. Jadi, jika anda mahu berkecimpung dalam arena ini, anda perlu mengetahui bahasa Inggeris untuk berhubung dengan ahli perniagaan yang lain, untuk berbincang dan bermesyuarat, membaca surat khabar dan majalah perniagaan dan mendapat maklumat perniagaan dunia.
Menjadi seorang Saintis yang hebat. Berhubung dengan Saintis dari negara lain, menghadiri persidangan sains sedunia, melawat pusat akademik di luar negara. Membaca laporan Sains yang terkini dan mengenal penemuan terbaru dalam majalah atau buku.
Mengguna komputer anda dengan lebih produktif. Kebanyakan dari arahan aplikasi komputer adalah dalam bahasa Inggeris, jadi anda akan dapat memahami dengan mudah dan menjadi seorang kakitangan yang lebih cemerlang.
Belajar kemahiran dalam perniagaan. Anda mudah menguasai kontrak perniagaan dan tidak mudah ditipu oleh orang lain.

Menikmati kesenian/hiburan dengan lebih sensasi

Inggeris akan membolehkan anda menikmati budaya setiap negara di dunia dengan lebih mendalam berbanding dengan bahasa lain. Dengan menguasai Inggeris dalam hidup, anda akan dapat melakukan berbagai perkara yang menarik seperti berikut :

Menonton tayangan American dan British yang original. Bila anda telah menikmati yang asal , anda tidak akan kembali ke versi rakaman!
Membaca buku-buku yang hebat. Setiap buku yang hebat ditulis dalam bahasa Inggeris atau ia ditulis dalam bahasa Inggeris. Bilangannya cukup menakjubkan —dari cerita klasik seperti Hamlet ke cerita yang menggegarkan jiwa seperti Jurassic Park.
Lebih menikmati muzik Inggeris. Percayalah , anda akan menghargai dan menghayati muzik dengan lebih mendalam kalau anda memahami perkataannya.

Inggeris amat mudah dipelajari

Inggeris bukan sahaja bahasa yang paling mudah dipelajari di dunia ini, ia juga satu dari bahasa yang paling berguna di dunia.

Huruf yang ringkas dan mudah— Tidak ada huruf istimewa seperti é or ä. Taip perkataan Inggeris seperti sweet, part, film pada komputer anda. Sekarang cuba süß (German), (Polish), (Russian). Manakah yang mudah?
Bilangan majmuk yang mudah— Hanya sekadar menambah s pada hujung perkataan. One car, five cars; one telephone, two telephones... Hanya beberapa perkataan yang mempunyai keistimewaan luar biasa.
Perkataan yang mudah dipelajari. Dalam France, ia dipanggil la fille dan chien. Di German, ia adalah das Mädchen and der Hund. Dalam bahasa Inggeris , mereka memanggil a girl dan a dog. Itul saja yang anda perlu tahu.
Perkataan yang pendek. Kebanyakan dari perkataan yang sering diguna adalah pendek dan mudah ditulis seperti: run, work, big, go, man. Perkataan panjang akan dipendekkan; contohnya sitcom = situational comedy, fridge = refrigerator, OS = operating system. Speaking English saves you time. :-)
Perkataan yang kekal abadi. Tetapi dalam kebanyakan bahasa lain, satu perkataan boleh membawa berbagai-bagai makna.:
English: The man is blind.
German: Der Mann ist blind.
English: This is a blind man.
German: Das ist ein blinder Mann.
English: I see a blind man.
German: Ich sehe einen blinden Mann.
Panggil setiap orang dengan "you". Anda boleh berkata, "Do you speak English?" kepada kawan anda atau cikgu anda. Dalam bahasa lain, anda perlu guna perkataan yang betul dengan orang yang betul. Dalam Inggeris, setiap orang adalah sama.:-)
Inggeris ada di merata tempat. Anda dapat memperoleh maklumat dalam bahasa Inggeris secara terus dari rancangan TV yang berteraskan Inggeris , muzik, laman web , majalah dan lain-lain. Anda tidak perlu membaca dari buku teks yang membosankan. Anda boleh belajar dan mempraktis Inggeris anda pada masa yang sama. Mengguna Inggeris dalam kehidupan harian anda adalah penting kerana ia akan mendorong semangat anda untuk mempelajari bahasa ini.

Mencapai kepuasan

Inggeris bukan sahaja membawa manfaat dalam berbagai aspek — ia juga memberi kepuasan untuk anda:

Seronok melihat perkembangan diri. Kami tidak akan lupa saat anda dapat menonton siri bahasa Inggeris atau membaca majalah dengan mudah.
Anda akan seronok menikmati Inggeris, jika anda tahu setiap usaha yang anda curahkan mendekatkan diri anda pada tahap yang lebih baik.
Seronok mengguna bahasa Inggeris, kerana setiap ayat yang anda sebut atau tulis mengingatkan diri tentang kejayaan anda.

Inggeris akan jadikan anda seorang yang lebih berkuasa, lebih gembira. Tidak sukar untuk anda membayangkan situasi tertentu yang membolehkan anda mengguna Inggeris dengan perasaan ceria dan gembira.

Kami berharap, dengan bantuan dari kami, perkembangan Inggeris anda akan memberi kepuasan yang tidak terhingga dalam hidup anda. Ramainya orang yang telah mengguna cara kami telah menyaksikan perkembangan yang positif dalam penguasaan Inggeris dalam hidup mereka.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Oct 11, 2016 10:21 am

Apakah perbezaan antara see,look dan watch?

SEE

See adalah perkataan tidak aktif. Bila mata kita buka, kita akan terus nampak tanpa memikirkannya.

See juga digunakan untuk memberitahu yg kita faham sesuatu.

I see a yellow car near the shop.

I see what you mean.


LOOK

Look adalah aktif.Kita mesti mahu melakukannya untuk jangka masa pendek atau sesuatu yg perlukan

perhatian.

Let's look at the cake again.

Look if they have the book.

Look out for pickpockets.


WATCH

juga perkataan aktif. Ianya mesti sesuatu yg ingin kita lakukan tetapi utk jangka masa lama.

Let's watch that movie.

Mimi loves to watch tennis.





Look, see or watch(ing)? Choose the correct answer.

1.Do you want to _ a movie with me?

2.I will _ for your purse.

3. I _ he left his bag on the sofa.

4.I _ a cat looking for food.

5. Did you _ the news last night?

6. _ out for that bike!

7.We love to _ the sunset in Bali.

8. Did you _ my blue bag?

9. _ you tomorrow at the wedding.

10. I am _ football later with Ahmad.

Answer:

1.watch 2.look 3.see 4.see 5.watch 6.look 7.watch 8.see 9.see 10.watching
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Nov 22, 2016 11:10 am

Bila nak guna much dan bila nak guna many?

When to use much and when to use many?
●Kita gunakan much utk uncountable noun (kata benda yang tidak boleh dikira)
- milk, sugar, money, time
●Kita gunakan many utk countable noun (boleh dikira)
- minutes, ringgit, bottles of milk, can of drinks

Example:
How much money does he have?
How many hours does it take to go to London?

Choose many or much.
1. How _ brothers do you have?
2.How _ cars were stolen last year?
3. How _ coffee do you drink a day?
4. How _ money does he need?
5. How _ cats do they have?
6. How _apples did you buy?
7. How _ trees are there in the park?
8. How _clothes should I bring?
9. How _ paintings does he have?
10. We saw _ animals at the zoo.


Answers:
1.many 2.many 3.much 4.much 5.many 6.many
7.many 8.much 9.many 10.many











Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Nov 29, 2016 3:12 pm

Pada blog update kali ini saya akan menerangkan cara untuk apply ke universiti luar negara terutamanya kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke United Kingdom memandangkan ada beberapa readers blog ini yang bertanya melalui email cara-caranya. So, untuk memudahkan, saya akan update di sini ye.

Dulu, saya menggunakan keputusan matrikulasi untuk apply ke United Kingdom dan telah berjaya menerima 4 tawaran daripada universiti-universiti terkemuka dunia.

Baru-baru ini saya telah menerima satu lagi tawaran daripada University of Nottingham dalam bidang Biochemistry and Molecular Medicine. So that makes it the fourth offer overall.

Sayangnya one of my applications is rejected sebab Matrikulasi tidak diterima oleh universiti tersebut (Exeter College, university of Oxford)

Dalam blogpost kali ini, saya akan menjawab segala (takla semua hehe) persoalan yang telah diajukan dalam email. Most of the questions adalah mengenai bagaimana melanjutkan pelajaran ke luar negara, cara mengisi UCAS dan sebagainya.

Q(Question)
A(Answer)

Q: "Matrikulasi diterima @ diiktiraf ke di UK?"
A: Selain STPM, A-Level, International Baccauleurette, dan UEC, sijil Matrikulasi juga boleh dijadikan tiket ke UK! Sijil matrikulasi sudah mendapat pengiktirafan di beberapa universiti terkemuka di UK.

here are some universities yang mengiktiraf pelajar lepasan matrikulasi Smile

University of Manchester
University of Birmingham
University of Nottingham
Queen's University, Belfast.
University of Bristol
University of Westminster
University of York
University of Surrey
University of Suxxex
University of Reading
Hartpury College
Birkbeck, University of London
University of Reading
University of Portsmouth
Canterbury Christ Church University
Lancester University
Aberystwyth University
Cardiff Metropolitan University
London Metropolitan University
Anglia Ruskin University
Erudio College
University of Huddersfield

and the list goes on..... yang lain research sendiri ye hehe. So jangan pandang rendah sijil Matrikulasi ni! Kalau dapat tawaran study di Matrikulasi selepas SPM, grab that chance.


Q: "macam mana abg apply overseas? sy dpat jugak sijil 1119 tp x la sebagus keputusan abg. "
A: Saya apply ke UK melalui sistem yang dinamakan UCAS. UCAS merupakan universities entrance system yang sama seperti UPU kementerian Pelajaran Malaysia yang menempatkan pelajar di universiti. Yang membezakan dengan UPU, UCAS boleh digunakan oleh pelajar antarabangsa juga namun UPU hanya diterhadkan kepada pelajar Malaysia sahaja.

Kalau yang berminat nak study di UK tu, click https://www.ucas.com/ucas/undergraduate/register untuk apply menggunakan UCAS.

keputusan English 1119 semasa SPM dahulu juga berguna jika ingin melanjutkan pelajaran ke UK sebab English 1119 merupakan standard English yang diiktiraf oleh Cambridge English. Saya memperoleh gred 2A dalam English 1119 ini (yang terbaik adalah 1A). Skor anda sekurang-kurangnya perlu C ke atas ye.

Kalau anda skor English 1119 dengan baik, anda tidak perlu bersusah payah lagi untuk duduk untuk IELTS or TOEFL. Jangan ingat English tak penting ye.

Namun, bukan setiap universiti di UK menerima English 1119 ini, ada yang hanya menerima IELTS dan TOEFL sahaja. Oleh itu, rajinkanlah diri untuk semak entry requirement di website universiti ye. Here are some links to universities in UK and their English entry requirements (yang menerima English 1119)

Uni. of Sheffield : https://www.sheffield.ac.uk/undergraduate/policies/englang
Uni. of Manchester : http://www.manchester.ac.uk/study/international/country-specific-information/malaysia.htm?page=2
Uni. of Birmingham : http://www.birmingham.ac.uk/undergraduate/requirements/international/index.aspx
Uni. of Southampton : http://www.southampton.ac.uk/uni-life/international/your-country/asia/malaysia.page
Staffordshire Uni : http://www.staffs.ac.uk/international/agents_and_events/malaysia/
Plymouth Uni : https://www.plymouth.ac.uk/international/how-to-apply/international-students-entry-requirements
Cardiff Uni : http://www.cardiff.ac.uk/for/prospective/international/countries/malaysia.html
Uni. of Leicester : https://le.ac.uk/student-life/international-students/english-language-requirements/equivalent
Uni. of Surrey : http://www.surrey.ac.uk/undergraduate/countries/malaysia
City Uni London : http://www.city.ac.uk/international/my-country/malaysia
Uni. of Lincoln : http://www.lincoln.ac.uk/home/international/englishlanguagecentre/englishrequirements/
Lancester University : http://www.lancaster.ac.uk/study/international-students/english-requirements/alternative-qualifications/
Uni. of Brighton : https://www.brighton.ac.uk/international/study-with-us/your-country-info/malaysia.aspx
Oxford Brookes Uni : https://www.brookes.ac.uk/international/country-information/country-specific-information/malaysia/
Imperial College London : https://www.imperial.ac.uk/study/pg/apply/requirements/english/
Uni. of Nottingham : https://www.nottingham.ac.uk/ugstudy/applying/entryrequirements.aspx

p/s: yang lain cari sendiri ye, ni je yang mampu dikorek hehew.


Q: "Filling in the UCAS is not easy. Oh! How about the payment? How do you pay? And how much do you pay? In MYR."
A: Yes, filling the UCAS was not easy for me too. for the payment, if you have chosen only ONE university, the amount that you should pay is Rm77.28(£12) while as for multiple choices, the amount you will have to pay is RM 148.12 (£23). depending on the rate. The only payment channel is through Credit or Debit card. make sure you have enough balance before paying for your application.
(rate currency yang digunakan pada masa ni ialah pada Jan 2016)


Q: "I want to ask about the education section. How do you fill in the section? Do you put your spm result also? And what is the awarding bodies for foundation? I really don't know how to fill the section in"
A: Yes, i did put my SPM result. After you have sent your application, the chosen universities will require you to send them the scanned copy of your SPM result. this is mainly for checking your 1119 English result as some universities accept 1119 English. if you have passed the minimum requirement for English, then you do not have to sit for IELTS or TOEFL. as for awarding bodies, for foundation. i think it is similar to matriculation which is MOE.


Q: One more help. The section for reference. The organisation name for our referee. What should I put? If she is my college tutor then her organisation name will be College?
A: Yes, you should put your college name. All the best for your application and don't hesitate to ask if you have any question.


Q: "Berapa minimum CGPA nak apply ke luar negara?"
A: Kalau nak lebih selamat, skor CGPA above 3.50 ye. Tak kira Matrikulasi atau STPM Smile
Sebab banyak lagi saingan daripada pelajar antarabangsa yang lain. Apabila kuota sudah penuh, universiti akan tutup pengambilan bagi pelajar antarabangsa.


Q: "boleh guna results bmat (UMAT Uni Malaya) utk uni di uk jugak?"
A: Kurang pasti sebab tidak pernah mengambil ujian tersebut, namun jika anda mahu melanjutkan pelajaran dalam Perubatan atau bioperubatan di UK, BMAT merupakan salah satu ujian saringan sebelum layak masuk ke peringkat temuduga. Biasanya universiti-universiti tersebut akan ada ujian BMAT mereka yang tersendiri seperti Universiti Malaya iaitu UMAT. Namun saya kurang pasti jika keputusan UMAT dari Universiti Malaya boleh digunakan di luar negara. Jika berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di UK, elok untuk menyemak dengan tutor respective university.


Q: "Kalau nak belajar di UK, visa dan passport jenis mana yang sesuai?"
A: Okay, yang ni saya belum expert sangat sebab belum lagi sambung study di luar. Namun, sebelum menjejakkan kaki ke luar negara, saya telah membuat research mengenai Student Visa yang patut dimohon oleh pelajar Malaysia.

Anda perlu memiliki UK Tier 4 student visa

Sebelum apply visa, kena ada 40 points. Nak dapat dari mana 40 points ni?

Anda akan menerima 30 points jika anda sudah mempunyai surat tawaran belajar daripada salah satu universiti di UK yang mempunyai pengiktirafan oleh UK Visa dan Immigration UK (UKVI). Selain itu, universiti yang menawarkan anda tawaran belajar mestilah sudah diiktiraf dan diberi High Trusted Status (HTS) oleh Immigration UK (UKVI).
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Today at 9:39 pm

Back to top Go down
 
Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE
View previous topic View next topic Back to top 
Page 4 of 4Go to page : Previous  1, 2, 3, 4

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KELANTAN FORUM2U :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to: