KELANTAN FORUM2U
Selamat datang Ke KELANTAN FORUM 2U** Kepada pelawat, sila mendaftar untuk menikmati segala kemudahan KELANTAN FORUM 2U.** Diharap semua sahabat yg baru berdaftar, sila memperkenalkan diri anda di ruangan forum .:KENALKAN DIRI ANDA:. KELANTAN FORUM 2U.** Pelawat yang mengalami masalah register atau login sila emailkan kepada : kelantanforum2u@gmail.com (forum admin support).** Selepas mendaftar, anda akan secara Automatik telah menjadi ahli KELANTAN FORUM 2U dan seterusnya anda boleh login untuk memasuki KELANTAN FORUM 2U tanpa menunggu sebarang e-mail pengaktifan akaun.Selamat melayari KELANTAN FORUM 2U ,GOMO KELATE GOMO....
KELANTAN FORUM2U

KELANTAN FORUM UNTUK ANAK KELANTAN,GOMO KELATE GOMO
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log in  
Facebook Kelantan Forum 2u
Radio IRDKFm Online
iRdk fM merupakan radio yang menggunakan sistem shoutcast dan bukannya radio komersial. Semua lagu2 yg disiarkan hanya bertujuan untuk promosi sahaja. Dapatkan CD yg original dikedai2 CD yg berhampiran
klik play jika radio tidak play secara automatik
Winamp, iTunes Windows Media Player Real Player QuickTime
pilih player pilihan anda jika player diatas bermasaalah
Berminat untuk letak radio & cbox diblog anda? klik
CODE
INFO RAKYAT DALAM KOMUNITI
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
MALAYSIA FORUM
KONGSIKAN PELBAGAI BENDA DI SINI , FORUM INI DIBAWAKAN KHAS UNTUK ANDA RAKYAT MALAYSIA's
[Click Here To Join Forum]
Please Donate This Forum
follow
Latest topics
Free counter and web stats

Share | 
 

 Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4  Next
AuthorMessage
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Jun 16, 2015 4:45 pm

MUET Reading paper...

The Reading paper (800/3):
Usually for every passage, the first question will be on the first paragraph. They are questions No. 8, 15, 22 and ... so on. They are usually on the "controlling idea" of the passage. The "controlling idea" is the main idea for the whole passage.

We hope you still remember that the first thing you do when you get a passage is to SKIM. Skimming is for you to identify the main/controlling idea of the whole passage. You have to read ALL of the first paragraph (introduction). The first paragraph usually carries the "thesis statement" of the passage or article. And, the thesis statement carries the controlling idea of the passage. Identifying the controlling idea helps you to understand the passage (text) better and helps you to answer all the other following questions correctly.

So, try to identify the controlling idea of the passage and make sure you understand what the question wants.

The other questions, that follow, will be for the following paragraphs and they seem to be arranged in order like "the next question will be for the next paragraph". At most times it is more or less like that. That seems to be the usual way that the questions are arranged for the passage.

InsyaAllaah (God willing) you will get the answer correct.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Jun 23, 2015 4:18 pm

Jangan Pandang Rendah MUET !! - Siti Aisyah Hello....

Jadi seperti yang dijanjikan pada entry lepas, harini aku nak cerita pasal MUET. Kalau bebudak matrik PST batch aku, dah ambil pun MUET. Dah dapat result dah pun. Kalau bebudak PDT batch aku akhir tahun ni diorang akan ambil. Kalau bebudak diploma, diorang ambik MUET ni sem 5 nanti, kalau tak silap aku la.

MUET ni apa? MUET ni test pasal English la. Selain MUET, ada IELTS. MUET ni standard Malaysia jer. IELTS ni International la, untuk bebudak yang buat preparation untuk study oversea. Kalau kau memang bercadang nak study oversea, better ambil IELTS terus. Tapi selalunya kalau U kerajaan, dia memang ada sekali MUET.


Apa gunanya MUET ni?

Kau orang jangan pandang rendah pada MUET ni. MUET ni penting untuk degree nanti. Ramai budak matrik aku pandang rendah MUET ni, pastu dapat result, kecewa. Universiti yang grand grand banyak mintak band 3 ke atas. Kalau kau dapat 4.00 pun, kalau MUET band 2, susah nak mintak Universiti yang grand sangat ni. Lagi-lagi dalam bidang yang demand macam medic.


Apa tu band?

Camni, kalau kat sekolah ada gred A sampai G, MUET ada band 1 sampai 6.

Band 1 ni untuk orang yang memang langsung tak reti English. Tapi jarang la orang dapat band 1 ni. Kat matrik aku pun, aku tak pernah dengar lagi orang dapat band 1 ni. FAILED.

Band 2 ni orang yang English dia cam kurang sangat. Bukan dia tak reti langsung English. Haa aku perhatikan ramai Budak Melayu dapat band 2 ni. Bebudak matrik aku pun ramai dapat band 2. Ramai juga budak yang akademik dia cemerlang, 3.5 ke atas tapi dapat band 2. FAILED jugak.

Band 3 ni kira average la. Untuk orang yang biasa-biasa English dia. Ramai orang aim nak band 3 sebab band 3 ni kira band lulus la. Dah tak payah risau nak re-sit MUET lagi.

Band 4 ni ramai Cina dengan India dapat. Melayu cam tak ramai sangat tapi still ada la. Kalau bebudak Melayu dapat band 4 dah kira Wowwwwww bagi orang lain.

Band 5 dengan Band 6 tak ramai yang dapat. Band 5 mungkin ada la dekat matrik aku tapi band 6 takde sorang pun budak matrik aku yang dapat.


Ada paper apa dalam MUET ni?


MUET ni ada 4 bahagian. Ada speaking, writting, reading and listening. Ramai orang mengalami kesukaran pada bahagian speaking. Aku pun. Tapi jangan risau sebab speaking tak membawa markah yang banyak. Reading bawa markah banyak jadi kau orang score la bahagian reading. Macam aku, aku score bahagian reading. Jap ni skor permarkahan dia.

Listening and speaking : each 45 marks.
Reading : 120 marks.
Writing : 90 marks.

Nampak tak reading bawak banyak markah? Aku bahagian speaking memang teruk gila tapi sebab aku markah reading aku tinggi, jadi aku dapat cover bahagian speaking tu.


Ehem apa result aku?

Alhamdulillah, aku dapat band 4. (Sebab tu aku berani nak tulis entry ni)


Jadi apa nasihat untuk sesiapa yang nak improve English untuk MUET ni?

Aku pun English tak pandai sangat. SPM pun A jer, tak dapat A+ macam orang lain. Tapi SPM bukanlah segalanya kan? Jadi jangan runsing kalau English kau tak bagus okay.Jom sesama kita improve English kita. Ini cara aku :-

(1) Banyakkan baca novel English. Secara jujurnya, aku dulu masa sekolah tak minat sangat dengan novel English tapi lepas sekolah, aku try la beli novel English. Eh, best pulak. Jatuh cinta pulak dengan novel English ni. Memang novel English ni mahal. Satu novel English boleh dapat 2 novel Melayu. Tapi apalah salahnya kita berkorban sikit untuk kejayaan kan? Penulis kesukaan aku of course Cecelia Ahern sebab cerita dia tak heavy dan sempoi untuk kita yang baru nak start minat novel English ni.

(2) Tengok cerita English WITHOUT subtitle. Kenapa? Sebab kalau ada subtitle, korang akan tend to baca subtitle tu so korang macam buat dek je dengan apa yang actor tu cakap. Tapi kalau tak ada subtitle, korang akan bagi 100 percent fokus dengan apa yang actor tu cakap. Melalui cara ni, korang akan improve english korang.

(3) Banyakkan cakap English dengan kengkawan. Memanglah malu kan memula. Tapi lelama kau akan okay. Tak payah cakap fully English kalau tak selesa. Cuma selitkan English yang mudah mudah dalam perbualan tu. Contohnya sorry, whatever, I don't care, nevermind, then, thanks dan sewaktu dengannya. Mulakan dengan benda yang simple dulu.

Tu je la kot cara aku. Kengkadang cara ni nampak macam remeh, macam EH BETULKE BOLEH IMPROVE ENGLISH DENGAN TENGOK DRAMA/MOVIE? Yes boleh. Kalau aku dari A sahaja boleh dapat band 4 untuk MUET. Tak mustahil untuk korang. Jangan rendah diri sangat dengan result SPM kau. A+ pada SPM tak menjamin band 6 pada MUET.

Bukan nak show off result MUET aku tapi cuma aku nak berkongsi tips. Mungkin tips aku ni dapat memberi manfaat kepada korang. Who knows right?

Okay byeeeeeeeeeeeeeeeee.






.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Wed Jul 01, 2015 4:29 pm

marilah menambah ilmu pengetahuan berguna tentang IELTS bersama saya:)

IELTS macam adik beradik TOEFL je..tapi, kita boleh pilih nak choose yang mana satu.

IELTS adalah akronim bagi International English Language Testing System. Test ini bolehla dipilih kalau korang adalah pelajar atau bekerja di negara yang guna BI sepenuhnya. Test ini diakui universiti dan perusahaan di berbagai-bagai negara terutamanya Australia, Kanada.
IELTS diselenggara atas kerjasama University Of Cambridge ESOL Examinatios, British Council dan IDP:IELTS Australia.
Test ini dijalankan di pusat di mana lebih dari 100 negara di dunia. under 16 not allowed ok Smile
ada dua modul. Academic dan General Training. Tambahan yang lain (listening, reading, writing, and speaking)
Modul Akademik (Academic Modules) berfungsi untuk menguji kemampuan berbahasa Inggris seseorang.
Modul Umum (General Training Modules)menekankan pada kemmpuan bahasa dalam aspek sosial dan pendidikan.



Listening

dalam masa 30 minit kita kena jawab 40 soalan

Reading

60 minit dan ada 40 soalan.
Untuk modul akademik, teksnya diambil dari majalah, surat kabar, buku, jurnal. Selain itu juga terdapat ilustrasi gambar atau diagram dan ilustrasi beberapa pertanyaan.
Untuk modul umum, teksnya terdiri dari 3 bagian. Yang pertama disebut ‘social survival’, berisi teks2 yang berhubungan dengan kemampuan bahasa Inggris untuk kehidupan seharian. teks kedua disebut ‘training survival’, yang memfokuskan diri pada situasi dan program pelatihan. Teks ketiga disebut ‘general reading’, berisi bacaan yang lebih panjang dengan struktur bahasa yang lebih kompleks.

Writing

6 minit, and kena buat dua essAY. 150 dan 250 word.
Dalam modul akademik, pada essay pertama peserta diminta untuk mendeskripsikan informsi dari sebuah grafik, diagram atau jurnal dengan pendapat sendiri. Lalu pada essay kedua peserta diminta untuk mengemukakan pendapat mengenai suatu masalah.
Dalam modul umum, pada essay pertama peserta diminta untuk menjawab sebuah permasalahan dalam bentuk penulisan surat. Pada essay kedua peserta diminta untuk mengemukakan pendapat mengenai suatu masalah.

Speaking.

bahagian pertama yg berlansung selama 4-5 minit, kita kena cerita pasal diri kita, keluarga, pekerjaan, hobi dan topik umum.
bahagian kedua pula, kita dikehendaki baca sesuatu topik dan diberi 1 minit untuk pikir jawapan bagi soalan yang bakal diajukan. kemudian, penguji akan bagi soalan apa-apa dia nak laa...dalam masa 1-2 minit.
bahagian ketiga, kita dengan penguji akan berbincang mengenai topik yang berkaitan dengan bahagian 2. dalam masa 4-5 minit.


selalunya, untuk mendapatkan biasiswa, kita kena raih skor 5, 6 dan 7. tapi the highest skor 9. expert sangat2 ah siapa yang dapat skor tu.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Jul 07, 2015 4:42 pm

nukilan yuhanis...

Assalamualaikum wbt
Hohoho! Akhirnya aku dapat menarik nafas lega setelah selesainya dugaan, seksaan, penantian, kegementaran dan segala an an an laaa! Actually aku baru habes buat speaking test untuk repeat muet hehhe,, almaklumlah dok tau kecek English gini jadinye.. aku tk puas ati dgn markah yg aku dpt dlm muet yg lepas, so nk tk nk kene R.E.P.E.A.T à (TOT)v

Nak dijadikan cerita laarr.. aku mlm tadi memang dah tukar jantina abes ! dari melayu terus jadi omputeh.. dgn rumet aku pun aku tibai speaking English, padahal just ckp “aii lambat balik??” xD wkwkwkw..
Then, pagi tadi aku bangun terlewat siket.. pukul berape nth tapi nak dkt pukul 7 lar.. nseb baik Keka kejutkn.. wuu ^.^ thanks kejut Keka!

Aku solat dulu baru mandi sbb takut subuh abes, then tiba ... tibaa..
Mak aiihhhh... perut aku chet! Memulas giler!! Ni komfom! Komfom aku dah tak tertahan and terlambat untuk aku pi muet!! Disebabkan itu,, Haihh! 7.30 am orang dah kumpul, tapi aku baru nk streak tudung.. otoke.. ~.~ !

Tikah dah tepon aku, kata biler nak turun.. aku “haaa.. kejap! Kejap!” giler kelamkabut.. urghh clumsy! Aku mmg amek baju yg takyah streak, selendang jer aku streka.. otw nak pi library (sbb aku speaking test kat library) aku sempat mntak doa n restu mama n ayah =) moga2 aku dipermudahkan segala urusan amin!
Then! Aku masuk bilik kuarintin.. ok fine aku lambat, so mmg patutlaa candidates yg lain pndang aku ann...sorg examiner tgh ngomel2 depan students kat bilik tu... aku senyum sengeh2 mcm kerang busuk bachen! Pastu aku nmpak ade sorang perempuan ni dok sorang2 then aku duduk ar tepi dia.. sian kn. Dok sorang2... meh aku temankan... aku rase yg lain ni pun main duduk je belum start to sit according to their group.. perh! Menyengat English sampai sangat! Tersengat aku dibuatnya! Haihh..

Ok, examiner pun Tanya, hey girl why u late?
Aku jwb dengan sengeh2, hehe rrr.. stomach ache..

Haa mmg aku ni jadi tumpuan 19 orang budak yang lain laa... sbb dtg lambat and.... tiba2 kan..
Perempuan yg kat sebelah aku pun bangun.. hatiku berdetis.. asal laa dia ni bangun tak hormat ke examiner yg sorg ni tgh ngomel2 briefing kat kami??
Pastu perempuan itu pun... mengedarkan paper bag utk letak handphone candidates yg dikuarintinkan....
Saat itu.... aku terpana! Haahh!! Tertampar! Terpegun! Terpaku! Termelekat kat dinding!
OMG!

Ok FINE! Aku sebenarnya duduk tempat EXAMINER!!!!!! And yang sebenar-benarnya... aku duduk menghadap budak2 nih! Ooo... aigo aigo!! Go go go go! Padanlah semua pandang aku, rupa2nya aku duduk salah tempat.. diorang yang lain semua dah duduk dalam group masing2, aku jer special siket.. duduk bersama2 examiner! Huk alohh.... ~.~ dah ler dtg lambat! berlagak duduk tempat examiner! haiyooo

So now let gone by gone! Breath in breath out! Takmo pikir2 lagi... alallaallalalallalalalal taknk dengar! Taknak dengar!
Ok ! Dah !cukup kesewelannya hanya disitu..!
Mau cau dulu, sat gi ade kuliah... math... ergh! Daa wasalam =)



.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Jul 28, 2015 4:55 pm

Do you agree or disagree?

Give reasons for your answer.

You should write at least 250 words.

Sample Answer 1:
For many years natural calamities and disasters have been mankind's greatest enemy. The word goes with its literal meaning 'natural', that is involuntary in nature. Humans have no control over it. Nevertheless, there are steps that can be taken to prevent it and reduce magnitude of its consequences. Taking this in view, some people think that government solely is responsible for protecting its citizens, while, others oppose this by saying that individuals play an indispensable role in safeguarding themselves. This essay will provide an in depth evaluation of the matter before coming to an appropriate conclusion.

First of all, in this high- tech world, it is nearly impossible for us to control or prevent these disasters. Nowadays, media in the form of Television and newspapers are creating awareness among the people to tackle these situations, even before they face it. For example, Cyclones; category 5 cyclone hit Australia in 2015, people were warned beforehand through TV about the occurrence and necessary steps were taken immediately to minimise the loss. Similarly, newspapers have articles about what to expect in times of earthquakes and so on. Furthermore, people today are much more educated to take initiatives themselves. For example, individuals nowadays build houses that are disaster proof.

Moreover, along with the citizens, government also plays an important role in protecting its people. According to me, a generous amount of money should be spent on architectural works. Buildings should be made so strong that it even stands high magnitude earthquake. One such example is, UAE, it is currently including iron pillars and iron wheels so that the building can withstand high force. In addition, government should provide to the people with adequate resources to reduce the amount of loss. For example, in cases of cyclones, sand bags should be supplied in abundance to the coastal areas to avoid flooding. Lastly, after the disaster has occurred, appropriate rescue plans should be executed with efficient medical facilities and compensation for the loss if practical, need to be provided.

To conclude, from the aforementioned contributions, it is crystal clear that the government has the major role to play in overcoming the disasters cause by natural calamities. But, to be mentioned, it works better if goes together with the co-operation of the citizens too.

[ Written by - Fatema Bohari ]

Sample Answer 2:
As much as the nature is beautiful, it can wreak havoc and the resulting natural disasters often do not come with a warning. A natural disaster can hit a region any time and it is always thought to be a responsibility of the local government to protect their people from it.

According to me, the government can be held responsible for a disaster that was predicted and could have been averted. For e.g. floods. Region which has high rainfall prediction has a high possibility of being flooded. Such regions should have more dams built which can control the excess water due to rain. Similarly regions with low rainfall prediction should have advanced facilities like rain water harvesting so that the people can get adequate water for drinking, farming, etc.

Having said this, the government may not be able to protect their people in all natural disasters for e.g. a tsunami, a volcanic eruption or a hurricane. Few years back two countries in Asia namely Sri Lanka and India were on the receiving end of the wrath of nature in the form of Tsunami. Thousands of people died and there was a substantial loss of property and livestock as well. Similarly The United States has witnessed many cyclones in history and the people have suffered a lot of damage despite The States being the most powerful country in the world with a strong government at the helm.

The citizens should be aware and take responsibility as well. Local governments of the natural disaster prone areas should take additional steps to forecast and broadcast the news to minimize the natural disaster. The forecasting system and technology related to weather forecasting should be updated to take precaution so that people of the area get the news before the disaster hot the area. The government should allocate a budget and manpower to help the victim of the natural disaster. Thus the devastating outcome of the natural calamities can often be reduced.

Thus in conclusion, I feel that government should be responsible for the safety of its people but in some cases it fails to do so against nature.

[ Written by - Ripal Vyas ]

Sample Answer 3:
Natural disasters are sudden and cause severe damages. The impact is worst if citizens are unprepared to handle the disaster. Though natural disasters are unpredictable, they often follow a pattern. Based on the trend, disaster prone areas can be classified and disaster management plan should include necessary preparedness to handle any such situation. I feel it is the responsibility of the government to protect its people from any natural calamities.

Only Government can frame macro level policy to address various related issues related to disaster holistically. Though, the macro level policy can only be successful with micro level initiatives and awareness. Hence, Government need to involve its people so that they become aware of various stages of disaster management and need to disseminate the message properly that how the people can save their valuables and life in case of any natural calamities. Government can also ask for innovative proposals from its citizens on how to handle disaster as the nature of problem varies from area to area, it is important to consider those contextual complexities while designing a disaster management planning.


Proper weather fore-casting system should be in place to generate the accurate forecasting and then the technological helps should be taken to broadcast this information to the people. The aftermath of a disaster is always devastating and the government should take immediate steps to rescue the victim and provide aid to minimize the catastrophe.

The Government represents people of a country and act for the well being of its population. Hence, to handle natural disaster cooperation between all the actors may it be the local government, civil society organizations, or local people are vital.

[ Written by - Aratrica Roy ]

Sample Answer 4:
A natural Disaster is a calamity which occurs beyond our imagination and which cannot be anticipated. The exact time of occurrence, its intensity and the damage it causes cannot be estimated by humans.

Every one as an individual has his or her responsibility to safeguard themselves from such type of disasters. The main responsibility lies on the part of the government which is consisting of the people, represented by the people and formed for the people. The government has no role and is dormant, if it does not help its citizens in time of need.

As far as my opinion is concerned I fully agree that government has to look after its citizens during such events of natural disasters which are of large scale. The responsibility of government has to be portrayed in the perilous times and in the times of need when a disaster occurs.

It is well known that a natural disaster occurs naturally and due to its unimaginable fierceness, the intensity of damage it may cause cannot be estimated. As an individual people can protect himself at his capacity but damages to a larger extent cannot be handled by an individual. For a natural disaster whose intensity is unknown prevention and rescue operation should not be underestimated and relief operations of such large scale can only be dealt by the Government only.

It is vital that Government has to act in such type of situations by the way of evacuating people from the affected areas, setting up temporary relief camps, providing them essential commodities like water, milk etc, and setting up clinics to stop spread of communicable diseases. Apart from the preventive measures, Government at large scale can provide help aftermath the disaster in restoring the normalcy which cannot be done individually.

If we see the damages caused by a natural disaster it is so voluminous that sometimes even it is hard for the government to handle the situation. It is obvious that government works for the welfare of the people and without the people government has no meaning. If we consider an example there was a massive cyclone in south India during the month of October 2014, the damage was so massive that there was a huge impact on the everyday life and the Government with all its machinery and Governing attributes in use could restore water, electricity and basic needs of its people within 8 days. Imagine this without the help of government, what a mess it would be?

This type of situation cannot be handled by an individual and the control on every element lies on the Government which can be handled effectively by the Governing body.
Finally to conclude the main aim of a Government is to safeguard its citizens in times of need and in times of perilous situation because Government works for the people and without them Government has no meaning to sustain and un-functional.

[ Written by - Prasadarao Talluri ]

Sample Answer 5:
It is believed that a government should be responsible for the safety of its residents during natural disasters such as tsunami or volcano eruption. I personally agree with the statement, and the following essay will discuss in details regarding to the statement.

To begin with, it is mandatory for the government to protect its people during the natural disaster. It is undeniable that the existence of the citizens has given significant contribution the development of a nation. Taxes that are collected from these people have been used to develop public facilities, expand new areas and funding public education. Without the existence of the residents, the country would have no support, no development and no fund.

From the humanity perspective, people are born and created as a social person, which means that people will interact, communicate and help each other. And during natural disasters such as typhoon, hurricane or earth quake, there will be a lot of people who found themselves in difficult conditions. They might have lost their family members and relatives, lost their properties and even some of them were injured condition. For the sake of humanity, the government should provide aids to their residents during these inconvenience events. They could provide emergency rescues, temporary accommodations and provide foods for their people. And once the disaster has passed, government could help the residents by assisting them in rebuilding their homes.

The government's responsibilities also lies on broadcasting the forecast of any disaster and by improving the shelter system in natural disaster prone areas.

In conclusion, I personally agree that the government must help its residents during natural disasters, since citizens have given contribution to the government through taxes. Besides that, I believed that from the humanity point of view, we should help and take care of each other.

[ Written by - Darwin Lesmana ]
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Thu Aug 06, 2015 4:40 pm

Kehilangan Slip Keputusan MUET

(a)
Calon yang kehilangan Slip Keputusan MUET/Sijil MUET boleh memohon untuk mendapatkan Salinan Sijil MUET atau Penyata Keputusan MUET yang sah.
(b)
Salinan Sijil MUET ialah salinan kepada Sijil MUET yang asal. Hanya calon yang menduduki MUET mulai sesi November 2013 sehingga sekarang yang boleh memohon Salinan Sijil MUET. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Salinan Sijil STPM/MUET (MPM/S2) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM40.00.
Untuk mendapatkan [URL="http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/6af92e75-ce63-416a-bcd2-ac9c3597cfc5"]MUET/S2[/URL], sila klik [URL="http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/6af92e75-ce63-416a-bcd2-ac9c3597cfc5"]di sini[/URL].
(c)
Penyata Keputusan MUET ialah penyata yang sah yang mengandungi nama, nombor kad pengenalan, sesi ujian, angka giliran, keputusan MUET, dan tarikh luput. Penyata Keputusan MUET boleh dipohon oleh mana-mana calon dari mana-mana sesi. Calon perlu melengkapkan Borang Permohonan Penyata Keputusan STPMM/MUET (MPM/S3) dan menghantarnya ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) bersama-sama dengan bayaran sebanyak RM20.00 (permohonan kali pertama), RM30.00 (permohonan kali kedua), dan RM50.00 (permohonan kali ketiga).
Untuk mendapatkan [URL="http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/ef603c47-8819-4f83-9de0-2ccc286d13a9"]MUET/S3[/URL], sila klik [URL="http://portal.mpm.edu.my/documents/10156/ef603c47-8819-4f83-9de0-2ccc286d13a9"]di sini[/URL].
(d)
Bagi calon yang memohon melalui pos, Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET akan dipos kepada calon dua hari selepas permohonan yang lengkap diterima di MPM, manakala calon yang memohon di kaunter MPM akan menerima Salinan Sijil MUET/Penyata Keputusan MUET dalam masa setengah jam selepas permohonan yang lengkap diterima di kaunter.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Sep 08, 2015 3:09 pm

Abam Belajar Bahasa Inggeris, Malu Pada Kanak-Kanak 'Oh My English'


Abam bersama seorang pelakon kanak-kanak Kashika dalam telefilem Oh My English.



PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon Abam (Bocey) memberitahu dia mula mempelajari bahasa Inggeris kerana menyedari kepentingan bahasa itu selepas terlibat dalam telefilem Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!!.
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, tindakan tersebut dilakukan kerana dia berasa malu terhadap pelakon kanak-kanak yang petah bercakap bahasa Inggeris ketika penggambaran telefilem tersebut.

"Selapas penggambaran itu saya belajar sedikit-sedikit bahasa Inggeris melalui televisyen dan bercakap dengan kawan-kawan kerana saya sedar kepentingannya untuk kerjaya saya.

"Saya malu melihat budak-budak kecil ketika penggambaran Oh My English boleh bercakap dengan fasih sehingga membuatkan saya rasa janggal," ujarnya kepada mStar Online.
Abamditemui pada pelancaran telefilem Oh My English: Oh My Goat -Come Baaack!!, di restoran Subak, di sini, Rabu.


Barisan pelakon dan produksi telefilem Oh My English: Oh My Goat-Come Baaack!!
Abam berkata, sepanjang penggambaran telefilem tersebut dia mengalami masalah untuk melontarkan beberapa dialog yang memerlukannya untuk bercakap bahasa tersebut.

Dia juga terpaksa mengulangi adegan tersebut beberapa kali bagi mendapatkan intonasi yang betul.

"Saya mengalami masalah untuk lontarkan dialog berbahasa Inggeris kerana tidak boleh ucap dengan baik. Intonasi saya tidak betul sehingga pengarah pun garu kepala," ujarnya.

Dalam pada itu, Abam berkata, dia tidak menyangka apabila ditawarkan untuk terlibat dalam telefilem tersebut berikut kelemahannya bertutur bahasa itu.

"Saya sebenarnya terkejut apabila pihak produksi memanggil saya untuk terlibat dalam telefilem ini kerana saya tidak pandai berbahasa Inggeris.

"Saya selalu tengok siri Oh My English tetapi tidak terfikir yang mereka akan panggil saya untuk berlakon," katanya.

Menerusi telefilem Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!!, Abam membawakan watak Ismail yang merupakan anak kepada ketua kampung Dalam Ayer yang sering membawa masalah.

Telefilem yang diarahkan oleh Shamyl Othman dan Umi Omar itu mengisahkan penggambaraan Mr Henry Middleton lakonan Zain Saidin yang menawarkan untuk mengajar di sebuah kampung terpencil di Malaysia iaitu Kampung Dalam Ayer.

Telefilem ini turut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Zain Saidin, Jihan Muse, Juliana Evans, Nadiya Nisaa dan Juzzthin.

Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!!
bakal bersiaran pada 5 September ini, pukul 9 malam di tiga saluran serentak iaitu Astro TVIQ, Astro Prima dan Astro Maya HD.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Sep 15, 2015 4:29 pm

Bahasa Rojak...

Aku rasa Amazing race lebih best dari explorace ni. At least Amazing race semua sama rata, clue dia lebih stright to the point. Cuma aku tak faham lah kenapa TV3 suka pengacara dia cakap rojak. Sekejap cakap English, sekejap cakap melayu. Kalau nak english buatlah english all thru the way. Ni kesian host kena tukar2. Host dia ok jugak. Cuma bahasa aku tak suka. Mcm si Ari pulak masa mengacara muzik muzik, mengampah aku! Aku rasa The other team is much better tapi terlalu byk mistake. Yg menang last night tu lucky. So takde istimewa sgt explorace. Lain dgn Amazing race di mana you can learn from your mistakes. Sebab kebanyakkan yang menang Amazing race memang pernah buat mistake and terkadang sikit lagi kena eliminate.

Itulah contoh bahasa rojak (bahasa campur antara Melayu dan Inggris) yang telah menjadi virus di Malaysia. Si penulis komentar di atas sebenarnya mengkritik pembawa acara TV Explorace yang memakai bahasa rojak. Tapi ibarat pepatah seperti kepiting mengajar anaknya berjalan lurus. Yang mengkritik pun turut membuat apa yang dikritiknya itu.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Wed Sep 23, 2015 3:41 pm

Setelah dua tahun berlalu dan keputusan IELTS yang diambil pada 2011 telah menemui tarikh luput, beberapa minggu lepas saya menduduki IELTS lagi sekali dan baru saja mendapat keputusan hujung minggu yang lalu . Ironinya, keputusan saya sama dengan keputusan tahun 2011, cuma band di setiap komponen itu ada sedikit perubahan. Beberapa kawan meminta tips, maka saya tuliskan saja di sini supaya senang untuk beri link pada mereka kemudian. Hahaha... tiba-tiba mengalami sindrom malas membebel.

Yuran pendaftaran IELTS tahun ini sudah naik beberapa puluh ringgit. Kalau pada tahun 2011 yuran yang dikenakan hanya RM570, sekarang sudah mencecah RM610. Dan yang sedihnya tak boleh claim dari majikan. Ish3, universiti lain boleh je claim. Sampai ati. (Semalam macam dah insaf tak nak bebel pasal claim sebab alhamdulillah Allah bagi lepas dengan sekali ambil, hari ni bebel lagi pulak. Apa nak jadi ni?)


Kalau sebelum ini saya mengambil IELTS dalam masa 2 hari (sehari untuk 3 komponen, satu hari yang berlainan untuk speaking test), kali ni saya ambil keempat-empat komponen dalam satu hari sahaja. Kesemua peperiksaan untuk keempat-empat komponen ini dijalankan di bangunan British Council sendiri. Tak payah ambil test kat hotel macam dulu. Tapi sebenarnya sama saja, sebab takde pun masa listening dia bagi earphone, terpaksa juga besarkan telinga, dan memang ada beberapa perkataan yang saya tak dapat tangkap. Huaaa...

Kalau nak ikutkan, peperiksaan kali ni diambil dalam keadaan saya tak bersedia. Rasanya saya cuma buat latihan tak sampai seminggu sebelum tarikh peperiksaan. Walaupun semangat buka buku tu dah berbulan-bulan. Tapi cuma buka je la, tak buat pun, jeling-jeling sikit kadang-kadang. Haha.... Apa yang boleh saya katakan, walaupun dah ambil peperiksaan yang sama 2 tahun lepas, tetap juga bila dengar rakaman perbualan untuk listening test tu, tangan saya berlari-lari panik nak tulis jawapan tak jumpa. Maka disebabkan itu, saya habiskan juga 6 rakaman perbualan yang ada dalam satu buku practice test sebelum menduduki peperiksaan. Alhamdulillah, keputusan listening ini yang menaikkan band saya.

Secara keseluruhannya, saya buat semua latihan listening dan reading yang ada dalam buku yang diwariskan kepada saya oleh seorang teman yang telah pergi ke Kent, UK. Semoga Allah memudahkan perjalanan PhD nya di sana. Dia bagi lima buah buku sebenarnya, tapi saya guna sepenuhnya sebuah je, nampak sangat pemalasnya. Huaa macamana la nak sambung study lagi ni? (Maaf, menyimpang banyak). Sewaktu membuat latihan reading, saya cuba set masa seperti yang dicadangkan dalam buku latihan. Tapi memanjang terlajak perahu tak boleh diundur. Memang tak sempat. Sampaikan masa peperiksaan sebenar pun tak cukup masa. Sangat rugi, bila pengumuman habis masa dibuat baru saya perasan jawapan yang saya cari ada di mana. Huhu... Sayang satu soalan hilang markah. Lain orang mungkin lain caranya untuk tackle reading test ni. Disebabkan saya tau saya bermasalah menguruskan masa, maka saya baca semua soalan dan bulatkan nama-nama orang dan keyword-keyword penting sebelum saya baca petikan yang diberi (yang ni kena buat latihan baru kita tau apa yang penting di setiap section soalan) . Kemudian bila saya baca petikan, saya bulatkan balik nama-nama dan keyword-keyword yang serupa. Dan biasanya bila saya jumpa jawapan, saya terus jawab, tanpa tunggu habis baca petikan, dan tanpa ikut turutan section (satu petikan biasanya merangkumi beberapa section soalan). Jadi, bila habis baca petikan, soalan pun habis dijawab. Tapi nak buat cara ni memerlukan familiarity dengan bentuk soalan. Apa pun, practice makes perfect (macam tak layak je nak guna slogan ni sebab bukan buat latihan sangat banyak dan sangat hebat pun).

Writing test adalah yang paling saya takuti. Sebab banyak kes yang mengulang IELTS 'angkara' (hoho, strong word) tak lepas komponen ni. Dan, saya sendiri salah faham terhadap diri sendiri sebab saya ingat band writing test yang saya ambil dua tahun lepas kurang daripada 6.0 (Boleh tak salah faham dengan diri sendiri lepas tu tak pergi check result IELTS 2011 tu balik?). Writing test ni saya buat dua latihan untuk section A, tapi tak buat latihan untuk section B (haiya, sila jangan tiru). Apa yang saya buat adalah saya baca berulang kali tips yang terdapat di dalam buku yang diberi oleh kawan saya tadi. Untuk section A writing, biasanya buku-buku latihan memang akan beri senarai perkataan-perkataan yang baik untuk digunakan (supaya kita tak ulang perkataan yang sama banyak-banyak kali). Jadi saya baca tips tu ulang-ulang kali masukkan dalam minda. Dan, kali ni saya agak berhati-hati untuk pastikan jumlah patah perkataan yang saya tulis mencukupi. Lagi satu, buku latihan juga biasanya akan berikan guideline untuk buat introduction, untuk mulakan paragraph, dan untuk beri penerangan satu-satu apa yang ada dalam carta. Maka saya sebagai penuntut ilmu yang baik, ikut saja apa yang diajar dengan sebaiknya. Haha... Untuk section B tak tau nak bagi tips macamana sebab saya pakai tulis je. Dapat soalan, fikirkan outline isi untuk setiap perenggan dan tulis. Yang penting saya cuba minimumkan grammatical error. Almaklum dah selalu sangat proofreader thesis betulkan grammar saya, jadi tahap waspada agak lebih sikit kali ni berbanding pertama kali amik IELTS dulu (tapi sikit je la, saya tau grammar saya tonggang terbalik lagi).

Alkisah speaking test, saya cuma tengok format soalan dalam masa menunggu (dari pukul 12 lebih ke 3 lebih) sementara giliran saya tiba. Itu pun tengok sambil lalu sebab lagi banyak bercakap dengan kawan yang baru dikenali masa exam tu daripada tengok buku. Kali ni saya tak dapat native speaker as examiner. Examiner saya rakyat Malaysia berbangsa Cina yang sangat friendly. Rasanya kami banyak ketawa sepanjang sesi speaking test tu. Dan macam biasa nama saya yang agak pelik tu selalu jadi 'bahan' speaking test IELTS, cis! Kalau nak dibandingkan native speaker yang agak serius dan saya sorang je sengih-sengih dulu, speaking test kali ni berlalu dalam keadaan rileks dan menyenangkan. Tapi jangan disangka air yang tenang takde buaya. Native speaker dulu beri saya 7.5 untuk speaking, kali ni saya dapat 6.5 sahaja. Hahahahaha..... mungkin kemahiran bercakap saya sudah berkurangan. ;p

Ok, selesai sudah keempat-empat komponen. Bila dapat result IELTS ni saya rasa macam nak nangis mengenangkan betapa baiknya Allah pada saya. Sebab saya tau kalau nak diikutkan usaha saya yang tak seberapa, mungkin saya perlu mengulang IELTS lagi. Tapi nikmat tak perlu mengulang IELTS dan tak perlu mengeluarkan duit RM610 sekali lagi ni, hanya setinggi-tinggi pujian dapat saya panjatkan pada-NYA. Sungguh, nikmat Allah yang mana lagi yang hendak saya dustakan?

Untuk mereka-mereka yang akan menduduki IELTS, all the best!! Semoga bantuan Allah bersama kalian. Semoga Allah permudahkan dan berkati usaha kalian. Dan semoga kejayaan menjadi milik kalian. Amin. :-)
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Sep 29, 2015 3:25 pm

I was looking around for some stuff to write here today, when I stumble on this great article. I just realised that this could be why a lot of people tends not to talk in English ( I think I knew about this, but never realised that this is so true!). People are afraid to make mistakes. They are afraid that people would judge their English grammar and what not. Have you ever heard how a taxi driver speaks in Bangkok?He doesn't give a damn whether you'd actually understand him or not. Yet still, you do understand bits and pieces of his conversation, and on top of that, he sounds pretty darn confident about himself.( I salute you!)

So dear friends, your aim should not be to talk perfect English as you are learning. Aim to be fluent at English and allow yourself to make mistakes. Give yourself a chance. Make this year the year that you will improve your English.After all, we are not native English speakers. We have our own language that we love:)


Saya mencari artikel untuk menulis disini hari ini, apabila saya terjumpa sebuah artikel yang hebat. I perasan mungkin ini sebab mengapa ramai yang mungkin tahu English tapi tak mahu atau malu nak cakap English (rasanya saya memang dah tahu cuma saya betul2 perasan yang ianya benar!). Kita takut untuk buat kesilapan. Kita takut yang orang akan menilai tatabahasa BI kita dan sebagainya. Pernah dengar tak macam mana teksi driver kat Bangkok cakap English? Dia bukan kisah you faham ke tidak. Tapi anda mungkin faham sikit2 apa yang dia cakap. Yang best tu, confident pulak dia cakap. (Cayalah!) Jadi buatlah tujuan anda belajar BI untuk menjadi FASIH dan bukan perfect (sempurna).Berilah diri anda sedikit ruang untuk buat kesilapan. Akhir kata, kita pun bukan orang English ka, Amerika ka yang mempunyai English sebagai bahasa ibunda. Kita sudah ada bahasa sendiri yang kita cintai Smile


Note. Jangan translate apa yang di tulis dalam English ke BI direct. Dah dituliskan pun maknanya (lebih kurang). Nanti pening kepala. Thank you.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Mon Oct 05, 2015 5:51 pm

Bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting dalam bidang perniagaan dan teknologi kerana Bahasa Inggeris merupakan medium komunikasi yang banayak digunakan di tempat kerja. Kepentingan Bahasa Inggeris telah berkembang dalam komunikasi lisan dan bukan lisan disebabkan permintaan daripada pelanggan dan penggunaan internet gloabal.

Justeru, pihak pengurusan atasan yang menyedari kepentingan penggunaan bahasa ini, telah mendorong penggunaannya di tempat kerja secara meluas. Oleh itu, penggunaan Bahasa Inggeris telah digunakan untuk berinteraksi dengan rakan sekerja, pelanggan dan pembekal. Bahasa Inggeris juga digalakkan dalam penulisan laporan, memo, resume, profil syarikat serta demo produk dan servis.


Kepentingan Bahasa Inggeris di tempat kerja telah menyedarkan kalangan mahasiswa dan mahasiswi dalam permohonan pekerjaan di sektor swasta untuk memenuhi keperluan majikan. Ini kerana kepentingan penggunaan Bahasa Inggeris sudah menjadi perkara yang penting dalam proses permohonan pekerjaan. Keputusan kajian merumuskan bahawa graduan yang kompeten perlu mempunyai komunikasi sosial dalam Bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan pasaran.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Oct 13, 2015 4:47 pm

Nak kongsi sedikit kelemahan bahasa inggeris antara PUNCA susah dapat kerja. Antara sebabnya:
1. Tatabahasa Inggeris lemah (Poor grammar)
Grammar atau tatabahasa Inggeris merupakan sistem atau peraturan bahasa. Jika anda mempunyai pemahaman yang baik tentang tatabahasa, anda boleh menulis dan bercakap dengan lancar tanpa sebarang kesilapan.
2. Sebutan tidak jelas (Pronunciation is not clear)
Pronunciation atau sebutan merupakan bunyi yang dibuat untuk mengatakan sesuatu. Bagaimanakah anda boleh tahu sebutan anda betul atau salah? Tanya diri anda soalan-soalan ini untuk mengukur tahap berapa baik sebutan anda. Adakah orang memahami anda dengan mudah apabila anda bercakap dalam Bahasa Inggeris? Jika mereka tidak faham apa yang anda katakan, anda mungkin menggunakan sebutan yang salah.
3. Kesilapan ejaan (Spelling errors)
Tidak kira jika anda seorang pelajar atau pekerja, ejaan adalah penting kerana anda perlu menulis setiap hari. Karangan atau apa saja termasuk email yang ditulis dengan ejaan yang betul menunjukkan anda seorang profesional dan cukup prihatin dalam tugas anda untuk mengelak daripada melakukan kesilapan yang tidak perlu.

BAGAIMANA CARA MENGATASI KELEMAHAN BAHASA INGGERIS SEPERTI DI ATAS?

Tatabahasa Inggeris (Grammar)
Ia adalah mudah untuk memperbaiki grammar tanpa benar-benar membaca sebuah buku rujukan tatabahasa Inggeris. Bagaimana? Banyakkan membaca buku cerita. Anda juga boleh belajar tatabahasa dengan membaca buku cerita dan majalah. Lupakan cara formal untuk belajar Bahasa Inggeris dan jangan risau mengenai peraturan tatabahasa Inggeris.
Membaca sesuatu yang ringkas seperti buku cerita kanak-kanak, anda akan menguasai pembinaan ayat, kata kerja, tanda baca, ungkapan dan semua komponen tatabahasa Inggeris dalam masa yang singkat.

Sebutan Inggeris (Pronunciation)
Salah satu cara untuk mempelajari bunyi perkataan Inggeris yang betul adalah dengan menggunakan kamus. Jika anda rasa susah untuk mempelajari sebutan dengan kamus, anda boleh mendengar radio atau menonton televisyen. Satu lagi cara yang sangat berkesan ialah mendengar lagu Inggeris dan menyanyi bersama-sama lagu tersebut.

Ejaan (Spelling)
Membaca majalah dan buku adalah cara yang paling mudah dan terbaik untuk mempelajari perkataan baru dan menguasai ejaan. Kamus adalah berguna untuk mengetahui makna perkataan yang anda tidak tahu tetapi kebanyakan masa apabila anda membaca artikel atau cerita, anda boleh memahami maksud perkataan dengan mudah jika anda memahami konteks artikel atau petikan yang dibaca.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Wed Nov 11, 2015 4:11 pm

Tips anak pandai Bahasa English:

1. Anda dah boleh ajar anak anda mahir dalam bahasa Inggeris dari mereka dalam kandungan lagi.Berbual dengan mereka dalam bahasa Inggeris. Nyanyikan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Mainkan lagu2 dalam bahasa Inggeris untuk mereka dengar. Kalau nak lagu-lagu nasyid rasanya dah banyak yang ada dalam bahasa Inggeris seperti lagu-lagu nasyid Yusuf Islam.


2. Bila anak dah lahir teruskan berbual dengan anak anda tu dalam bahasa Inggeris. Kalau boleh gunakan teknik One Parent One Language. Maknanya sorang kenalah cakap Bahasa Inggeris n sorang cakap bm sepenuhnya. Jadi anak nanti mahir dalam kedua2 bahasa, InsyaAllah.


3. Gunakan sumber pengajaran seperti kad imbas, poster, vcd, cd dan lain2 untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mereka belajar.


4. Jangan jadikan kelemahan anda dalam bahasa Inggeris sebagai alasan untuk tidak mendedahkan mereka kepada bahasa Inggeris pada peringkat awal lagi. Berkorban sedikit.Belajar balik bahasa Inggeris tu untuk anak2 anda. Tak perlu mahir untuk mengajar mereka sebab anda sentiasa boleh rujuk kepada buku2 dan lain2 sumber untuk menagajar.


5. Kad imbas amat berkesan untuk memperkenalkan perkataan baru bahasa Inggeris tanpa perlu anda menggunakan bahasa ibunda anda. Ini kerana kad imbas menggunakan gambar/imej. Gunakan permainan2 kad imbas yang menarik untuk menagajar mereka.


6. Jangan merasa malu dan segan untuk mengajar anak-anak anda dikhalayak ramai. Pedulikan pandangan sinis orang lain. Yang penting anak anda akan mahir dalam bahasa Inggeris dan bila masuk sekolah nanti tak ada masalah dengan mata pelajaran bahasa Inggeris, Sains dan matematik.


7. Ingat yang bila seseorang kanak-kanak mahir dalam bahasa, IQ mereka juga akan meningkat.


8. Kalau ada yang anda tak faham, jangan segan bertanya dengan orang lain.


9. Belikan buku-buku cerita yang menarik yang banyak gambar2 untuk anak-anak anda. Kalau dia orang minat kartun,tak salah anda belikan komik dalam bahasa Inggeris. Sekarang ni komik Doraemon pun ada dalam dwibahasa.


10. Rajin2 lah bacakan buku cerita kepada anak anda.Pupukkan sikap suka memabca bahan2 dalam bahasa Inggeris kepada mereka.


11. Dapatkan sokongan suami/isteri untuk mengajar anak-anak anda. Kenalah ada team effort.Jangan buat sorang2. Tak salah juga kalau minta bantuan ibubapa atau mertua anda untuk sama2 membantu. Kadang2 mereka ini lagi fasih dari kita.


12. Kalau mampu hantar le ke tadika yang ada ajar bahasa Inggeris. Kalau x ada budget jangan lah risau. Anda sendiri boleh mengajar mereka dengan berkesan.


13. Kenali diri anak anda dan ketahui apa yang mereka minati.Kalau dia minat Sesame Street belilah vcd2 Sesame Street.


14. Gunakanlah sumber percuma atau sumber2 yang telah anda bayar.. Pilih rancangan2 di tv dan Astro yang sesuai untuk anak-anak anda seperti rancangan Sesame Street, Noddy, Bob The Builder ke dan lain…Kalau anda sendiri nak belajar bahasa Inggeris, di Astro ada channel 14 yang banyak rancangan2 bahasa Inggeris.


15. Jangan paksa atau beri tekanan terutamanya kepada kanak-kanak yang masih kecil. Ingat yang mereka ini moody, cepat lupa, mudah bosan dan lebih suka bermain dari belajar. So anda kenalah cari teknik2 pengajaran yang tidak membosan kan. Kalau nak ajar tak payah lama2 dan cari masa yang sesuai bila dia org boleh beri lebih tumpuan.


16. Beli poster yang sesuai dan tampalkan di dalam rumah anda. Pastu tearngkanlah kepada mereka dan lepastu anda kenalah rajin ulangkan apa yang anda terangkan kepada mereka sebab mereka ni mudah lupa.


17. Kalau betul caranya kanak-kanak boleh mengusai lima bahasa serentak!


18. Jangan risau., anak anda tak akan pening kalau anda dedahkan kepada dua bahasa dari kecil. Mula2 je dia pening tapi dia akan cepat sedar yang mereka menggunakan dua bahasa.


19. Konsisten dalam pengajaran anda tu. Jangan kejap cakap bm dan kejap cakap bahasa Inggeris atau campur dalam ayat anda.


20. Jangan guna bahasa bayi. Sebut betul2 dan gunakan ayat yang betul grammar dia.


21. Kalau anak anda sebuat tak betul ,betulkan sebutan mereka dengan anda ulang semula apa yang mereka sebut tu.


22. Belajar balik bahasa Inggeris anda. Walaupun anda rasa yang bahasa Inggeris anda dah ok tak salah kalau anda belajar balik sebab kdg2 kita ni tak sempurna. Or kdg2 benda yang kita ingat betul sebenarnya salah atau kurang tepat.


23. Selain dari mengguna kad imbas anda juga boleh gunakan kad perkataan. Ni x ada imej atau gambar. Senang je nak buat.Belije kad2 untuk buat nota yang bersaiz poket. Kad ni sesuai jugak untuk anda mempelajari perkataan baru dengan menggunakan Thesaurus dan Dictionary.


24.Kalau boleh jangan gunakan kamus Bahasa Inggeris-BM. Cuba gunakan kamus bahasa Inggeris-bahasa Inggeris ataupun gunakan kamus English-English-Malay macam yang saya gunakan. Ini boleh membantu anda ‘berfikir’ bahasa Inggeris.


25. Kalau anda sendiri tak berapa ingat perkataan-perkataan bahasa Inggeris , apa kata anda gunakan label dan tampalkan pada tempat2 yang sesuai seperti letak label fridge di peti ais, kitchen di dapur dan sebagainya. So dengan cara ini anda pun ingat apa yang perlu disebut dan anak anda pun boleh ingat apa yang perlu disebut.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Wed Nov 18, 2015 4:38 pm



Saya selalu tertanya-tanya dalam diri saya , mudah ke belajar bahasa english?

Mudah Ke Belajar Bahasa English?





Terus terang saya cakap pertuturan dalam bahasa english saya memang teruk. Membaca saya boleh dan kalau orang bercakap pun saya faham.


Tapi masalah saya yang paling besar ialah saya malu nak bertutur dalam bahasa english, bukan saya tak boleh bertutur langsung dalam bahasa english , boleh tu memang lah boleh tapi tunggang terbaliklah ayat yang keluar . Bila dah macam tu saya jadi tidak ada keyakinan dan takut apa yang terkeluar dari mulut saya akan salah , saya takut orang akan ketawakan saya.


Kalau orang bercakap bahasa english dengan saya , saya lebih suka balas semula dengan bahasa malaysia.
Kemudian bila saya dah datang ke Kuala Lumpur dan bekerja baru lah saya terkial-kial nak cakap dalam bahasa english. Waktu zaman anak dara dulu saya ada berkawan dengan seorang mat saleh ni , tapi bila saya nak bercakap dengan dia , punyalah susah. Macam itik dan angsa..hahaha. Waktu tu baru lah saya menyesal tak belajar bahasa english betul-betul waktu sekolah dahulu.


Bila saya berkahwin dapat pulak suami yang suka bertutur dalam bahasa english , bila ada anak , anak pun bertutur bahasa english jugak sebab ayah dia nak anak-anak bertutur dalam bahasa english. Nak tak nak saya pun kena lah belajar bertutur dalam bahasa english.


Saya ada ambik class bahasa english satu ketika dahulu , masa tu barulah saya tahu yang grammar saya memang lemah dan banyak salah. Bila tatabahasa kita salah bermakna percakapan akan jadi tunggang langgang. Tapi yang ruginya waktu tu , saya tak lama belajar atas sebab-sebab tertentu. Sedih jugak berhenti belajar waktu tu sebab saya belum memahami sepenuhnya apa yang di ajar.


Jangan jadi macam saya yang dah tua-tua baru terkial-kial nak belajar. Nanti menyesal dikemudian hari. Malu pada anak-anak , anak lebih mahir dan fasih bertutur dari saya, malu tau bila anak saya geleng kepala bila saya cakap bahasa english tunggang langgang.


...nukilan mama mia
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Wed Dec 02, 2015 4:41 pm

Kesalahan lazim dalam bahasa Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua



Sejajar dengan permulaan Kursus Mahir bahasa Inggeris Dalam 6 Bulan cikgu yang akan bermula bulan depan di Sunway dan Putrajaya, cikgu akan postkan kesalahan-kesalahan biasa atau common mistakes dalam bahasa Inggeris.


1. “Everybody are happy.”


Perkataan-perkataan seperti everybody, somebody,anybody, nobody adalah singular dan bukannya plural. Walaupun “everybody”merujuk kepada ramai orang, ianya digunakan dengan singular verb – oleh itu ayat yang betul ialah “Everybody is happy.”



2. “I’ll explain you the problem.”



In this sentence, there are two objects – the direct object (the problem) and the indirect object (you). After explain,we need to use to before the indirect object – the person to whom we are doing the explaining. Also, it’s more common to put the direct object first, so the correct sentence is “I’ll explain the problem to you.”



Dalam ayat ini, terdapat dua objek - objek langsung (the problem) dan objek yang tidak langsung (you). Selepas explain, kita perlu gunakan to sebelum objek tidak langsung - orang yang kita sedang menjelaskan. Selain itu, ia adalah lebih biasa untuk meletakkan object langsung dahulu, jadi ayat yang betul ialah “I’ll explain the problem to you.”


3.“I have the possibility to study in Canada next year.”


With “have,” we use opportunity, not possibility– so the correct sentence is “I have the opportunityto study in Canada next year.” The word possibility is more used with “There is…,” for example, “There’s a possibility I may study inCanada next year.”



Dengan perkataan “have,” kita sepatutnya menggunakan opportunity, bukan possibility– oleh itu, ayat yang betul ialah “I have the opportunityto study in Canada next year.” Perkataan possibility lebih digunakan dengan “There is…,” for example, “There’s a possibility I may study inCanada next year.”

4. “I think she doesn’t like tomatoes.”



Although there’s no specific grammar rule here, it’s more common to say “I don’t thinkshe likes tomatoes.”



Walaupun tidak ada peraturan tatabahasa tertentu di sini, ia adalah lebih biasa untuk mengatakan “I don’t thinkshe likes tomatoes.”


5. “If I will see John later, I’ll give him the message.”




Although both events are technically in the future, this sentence should be in the first conditional form – “If I see John later, I’ll give him the message.”


Walaupun secara teknikalnya, kedua-dua perbuatan berlaku di masa hadapan depan, ayat ini perlu dalam bentuk first conditional.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Dec 08, 2015 4:17 pm

Camane nak terer B.Inggeris...
Kepada mereka yang dah terer Bahasa Inggeris, boleh abaikan entry ini, biarkan aku yang pernah ambik BM julai dan belum pernah ambik BI julai mengajar anak anak bangsaku sempena bulan kemerdekaan akan betapa pentingnya korang kena belajar Bahasa English.

Semua tahu sudah, belajar Bahasa English itu penting kerana banyak sekali akan sumber ilmu yang dapat dirujuk dalam Bahasa English, boleh rujuk Wikipedia, dan jika kamu berniat untuk menyelamatkan dunia, maka ‘kerja’ itu akan jadi lebih mudah insyALLAH jika kamu expert like a crazy pig (Pandai gila babi).

Nota: Gila babi bukan digunakan untuk menghina, tapi untuk menujukkan rasa kagum yang teramat iaitu kagum gila babi-harap maklum.
Lagipun aku dengar cerita, jika tak tahu English, maka kita tak boleh masuk sukan Olimpik, walaupun pandai gila babi maian badminton, terlepaslah pangkat datok dan wang sejuta.., itu yang tahu, he he..

Balik pada Main topik, Pendek cerita, Dulu, aku adalah seorang melayu yang agak malas belajar bahasa English, Mungkin sebab zaman aku dulu, PM tak wajibkan lagi belajar Matematik dan Sains dalam BI, lagipun masa tu belum ada internet, maka aku jadi macam tak endah dengan pentingnya BI, (alasan.)

Sehinggalah pada suatu hari, setelah aku melihat budak budak Punk ketawa membaca tulisan di dinding tandas yang buat aku iri hati dengan kelebihan ilmu mereka dan di tambah dengan ramainya pendosa dari luar Negara yang datang ke Malaysia, maka aku mulai berniat to improve my English language sebagai salah satu kaedah yang lebih cepat dalam usaha menyelamatkan dunia..insyAllah..

Bak kata pepatah:
“Just because the car’s stuck in reverse doesn’t mean the kids don’t have to go to school”

Namun, sebab aku dah lama habis sekolah dan aku juga seorang yang miskin, takde duit nak masuk tuisyen dan takde masa jugak nak pergi belajar, maka aku belajar English dengan cara aku sendiri, dan sekarang, berkat usaha gigih karisma dedikasi integriti.. err,, kejap.., cerita aku di sini bukanlah nak cerita aku yang dah terer English gila babi, tapi nak cerita tentang bagaimana kita sama sama boleh cepat pandai dalam English… insyAllah.. so tiada lagi istilah “hot-hot chicken shit”

Jadi, mula-mula sekali dalam bab nak belajar English, korang kena ada kamus senidri, kalu takde korang kena beli kamus dan bawa ke mana sahaja, kalau boleh hafal kamus, jika dulu Nabi di gelar ‘Al quran yang bergerak’, maka sekarang, korang kena jadi ‘kamus yang bergerak’..

Jika aku jumpa korang dan bertanya, what is masturbation? Terus dapat jawab.. itu contoh!

Dan aku tahu, korang tak pandai BI bukan sebab korang bodoh, tapi sebab korang tak tahu makna dan malas nak hafal sebab buat block dalam otak, tak tahu BI boleh hidup gak, kata korang, malaikat dalam kubur tak tanya dalam BI, korang beralasan..,bla bla bla, arghh, malas nak cerita, apa kata korang just bukak block tu, dan aku heran kenapa pelajar dalam kelas BI tak ada kamus kat tangan, masalah pertama kamu adalah tak tahu makna, itu masalah yang paling utama! Tak tahu makna! Beli kamus dan hafal, itu key yang pertama!

***

Dulu bila aku baru berkecimpung dalam bidang internet, rasa teruja sungguh, sebab begitu banyak sumber ilmu yang boleh kita terokai, bukak sahaja wikipedia dan boleh baca semua cerita, baru aku tahu apa itu “Rotten Tomatoes”, siapa “Maddox”.., tapi sebelum tu, semua nak kena pandai BI..,

Dan bila dah pandai BI, boleh buat niat untuk berdakwah ke peringkat antarabangsa, bukan setakat Perlis sampai ke Sabah sajer perjuangan kita.., baru boleh dapat pingat emas peringkat olimpik dan tebus satu juta! Dan itu cerita lain..

Jadi sebab baki hayat kita dah tinggal sikit.., maka aku belajar BI dalam “ruang yang terhad” tapi masih seronok sebenarnya, sebab dunia belajar itu memang fun bukan?, dan semua dengan pertolongan Allah…

Jadi... aku memang rajin baca ‘Wikipedia, the free encyclopedia’ dan baca sambil bukak kamus, lepas tu beli akhbar the Star, beli komik English dan beli jugak kitab karangan Maulana Yusof Mutakhab Hadih versi English.. baca baca baca..

***

Bila berjalan, aku akan bawak kamus, jika nampak tulisan yang di conteng di dinding tandas awam dalam bahasa English, aku akan bukak kamus dan ketawa jika lawak itu bermutu tinggi..

“You’re just the straw that broke the camel’s back.., that’s mean without the straw the camel wouldn’t have a broken back. But if you remove the straw from the camels back doesn’t fix it, the camel is still dead. But remember, Camel’s can go 40 days without water. (contoh lawak bermutu tinggi)

****

Untuk lebih cepat pandai, aku pinjam dua buku dari perpustakaan awam iaitu satu versi BM dan satu versi English, dan kedua dua buku itu aku baca dan bandingkan..,

Buku BI : How To Give Any Woman Orgasms and have a beg you for more

Buku BM : Tak sampai hati nak tulis…

****

Untuk dapat saham di dunia dan akhirat pula, aku baca buku islamic yang ada dua versi BM dan BI, seperti buku Tafsir dan buku Hadith, kedua dua buku itu aku baca dan bandingkan…

Contoh Hadith BI dipetik dari “A Selection of Ahadith”

Nabi Said: He is wise and shrew who takes account of himself and prepares for what is after death. And he is weak and incapable who follows his desires and yet pins high hopes on Allah’s Mercy. (Tirmidhi)
Contoh yang sama Hadith BM dipetik dari “Himpunan Hadith Pilihan”

Nabi bersabda: Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisap akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati, Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keinginan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapat Pengampunan Allah. (Tarmizi)*****

Kadang kadang aku kaji falsafah English seperti berikut..

“Being dead is definitely worse than being alive. When you're dead, you can't do all the cool stuff you can do when you're alive. You and I, we can do all kinds of cool stuff 'cause we're livin'. We're not dead. We're alive. If we were dead, we wouldn't be able to do all the cool stuff we can do because we're alive. Dead people can't do cool stuff. Only people that are alive can do cool stuff, because they're livin'. And you have to be livin' to be able to do cool stuff. You have to be alive. Yeah, except, when you're alive, sometimes bad stuff happens, too. Like sometimes you can get in a car wreck, or you can have a headache, or twist your ankle, or even stub your big toe. So bein' alive is kinda hard, too. But I think it's definitely better than being dead.”
–(Randy Hickey)

*****

Kadang kadang jugak, bila menonton filem, aku akan focus pada dialog dan apply dalam kehidupan seharian..

Contoh petikan Dialog dari Filem "Bujang Lapuk" [old bachelor(s)]

Aziz: Probably ... that house that you mentioned, has anyone occupied it yet ?
Sudin: Which house ?
Aziz: That house, the one that you kept talking about.
Sudin: Oh, that house. It's still vacant ... if we apply for it, we'll get it.
Aziz: How many rooms, Din ?
Sudin: I saw three rooms.
Aziz: That's good. Each of us can have a room to himself. Are they large ?
Sudin: Not very. But it's long - 7 feet ... about 3 feet long and 7 feet deep.
Aziz: Quite big, huh, there's even depth.. That's a grave !
Hamka: Woha!
*****

Dah naik syekh, Ada jugak aku cuba menanyi lagu melayu dalam Bahasa English seperti lagu:
-Sekadar di Pinggiran “Just at the Edge”
-Menaruh Harapan “Pinning on Hope”
-Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu “You are the Key to My Love in Your Heart”
-Takdir Dan Waktu “Fate and Time”
-Pada Syurga Di Wajahmu “Your Heavenly Face”
-Teratai Layu Di Tasik Madu “Dying Lotus in the Honey Lake”
-Tanya Sama Itu Hud Hud “Ask the Woodpecker”
-Cinta Beralih Arah “Love Turns Away”
-Jerat Percintaan “Love Trap”
-Balqis “Queen of Sheba”
-Rela Ku Pujuk “I'm Willing to Entice”..

Dan lain lain, sebagi contoh aku paste satu lagu yang aku suka nyanyi..

Contoh:
Lagu Asal: Aci-Aci Buka Pintu

Aci-Aci, Open the door
Nana come back at 1 am
Don't be afraid of the owl
Nana bring a cane of Semambu

Nana Nana, come home quickly
Aci afraid to be all alone
There's a ghost behind the house
With shifty eyes and a striped nose

Aci aci, don't be afraid
Nana have Oh! a stunt machete
Ghost and demons will be frightened
See the machete, surely they will run!

If Nana, just say so
Then my heart is calm right now
If come again, demons and ghost
Aci will beat them with a broom
Errr, betulkan jika lirik aku tu salah dan siapa antara korang yang ada tulis lagu melayu dalam BI boleh post kat aku.. : )

*****

Lepas tu untuk menambahkan lagi kefahaman dalam English, Kadang kadang aku berpantun dengan orang orang tua di sekitar kehidupan..

Contoh pantun..

1)
The Pandan Island is far from land
The Daik Mountain has three peaks
Though the body has rot in the sand
The good deeds are never forgotten.

2)
Two or three cats a running
They are not comparable to the cat with stripes
Two or three I can find
But there are not comparable to you.

Errr, sekali lagi, betulkan pantun tu jika ada yang salah,

*****
Kadang kadang aku berteka teki..

-Which Mountain has three peaks?
-Which Island is far from land?
He he, teki teki, something like that., heh!

******
Kadang kadang aku bersajak hasil karya Natasha Hudson

CakeI wanted one life
You wanted another
We couldn't have our cake
So we ate each other.

The Little TurtleThere was a little turtle. He lived in a box.
He swam in a puddle. He climbed on the rocks.
He snapped at a mosquito. He snapped at a flea.
He snapped at a minnow. And he snapped at me.
He caught the mosquito. He caught the flea.
He caught the minnow. But he didn't catch me.

Things We Like to EatYellow butter, purple jelly, red jam, black bread.
Spread it thick, Say it quick.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Spread it thicker, Say it quicker.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Now repeat it, While you eat it.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread Don’t talk With your mouth full!

*****
Kadang kadang sorang diri depan ceriman, aku akan menari macam Micheal jaksaon dan menyayi lagi ni..

You Better Run,
You Better Do What You Can
Don't Wanna See No Blood,
Don't Be A Macho Man
You Wanna Be Tough,
Better Do What You Can
So Beat It,
But You Wanna Be Bad..,
Just Beat It,
Bini aku cukup menyampah tengok aku tergedik gedik sepahkan bilik tidut dengan tarian gymnastic aku.. woha!

******
Kadang kadang, aku akan berpatriotik dalam bahasa English..

Rukun negara
Belief of God (Kepercayaan kepada Tuhan)
Loyalty to King and Country (Kesetiaan kepada Raja dan Negara)
The Supremacy of the Constitution (Keluhuran Perlembagaan)
The Rule of Law (Kedaulatan Undang-Undang)
Courtesy and Morality (Kesopanan dan Kesusilaan)

******

Kemudian bila jumpa member member yang berpendidikan tinggi yang bergelar pensyarah, doctor atau professor, aku terus akan bercakap English dengan mereka, jika berurusan dengan china dan India, aku jugak akan bercakap English, malahan dengan kucing yang curi-curi masuk rumah aku, aku juga menghalau dalam bahasa English, sesekali bila berasmara dengan isteri aku, aku akan berasmara dalam bahasa English!,

*****

Dan yang paling bernilai dalam hidup, iaitu ketika para pendakwah dari luar Negara datang berdakwah dikampung aku, aku pula akan menjadi pengalih bahasa untuk orang kampong yang tak tahu berbahasa English, begitu lebih kurang..

“Alhamdulillah, Allah puts the success of human’s life in this world and the hereafter only in the perfect religion. The Perfect religion is carrying out all of the commandments of Allah following the way of Rasullulah SAW. All of the companions of Rasullulah SAW have had the perfect religion in their life, It was mainly because all of them had six noble qualities with them. If we want to have the perfect religion in our life, we should follow the footsteps of those successful people by making effort to obtain and bring the six qualities into our life. If we have these six noble qualities with us, we will also be able to practice the perfect religion in our life easily…,”
*****

Maka satu hari tu, ketika duduk berborak dengan kawan kawan dalam bahasa English yang agak berterabur janji faham, maka terciptalah satu teori baru dalam hidup aku, yang mana aku lihat kawan kawan aku bila belajar bahasa English mereka ada target tersendiri atau Measurement masing masing dalam menentukan setakat mana sudah pengetahuan mereka dalam Bahasa English tercapai.., antara mereka ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa English apabila boleh berborak dengan pelancong asing, ada yang yang anggap mereka sudah pandai berbahasa English apabila boleh menyanyi lagu English sambil faham maksud tersirat, ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa English apabila boleh mengarang resume sehingga di terima kerja, ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa English apabila boleh membaca novel barat tanpa merujuk kamus, atau boleh ketawa pada dinding tandas yang di conteng falsafah English misalnya.. dan lain-lain..

Tapi aku lain, aku ada target tersendiri atau Measurement yang lain dalam menentukan setakat mana sudah pengetahuan aku dalam Bahasa English tercapai, iaitu..

AKU MESTI BERMIMPI DALAM BAHASA INGGERIS!

Ya, serius, untuk pandai bahasa English, Aku mesti memastikan dalam mimpipun aku akan berbahasa English, aku mesti pastikan selalu bermimpi berada di London atau New York, aku mesti berjumpa dengan Avril Lavigne atau Padme Amidala dalam mimpiku, lalu berborak dengan mereka dalam bahasa English slang America sambil buat lawak standard holywood..,

Dan akhirnya, selepas bertungkus lumus belajar bahasa English, aku akhirnya sudah dapat bermimpi dalam bahasa English, kadang-kadang bermimpi berada di London atau New York, dan sudah bertemu dengan mat saleh yang ada iras Angelina Jolie atau Avril Lavigne dalam mimpiku, kemudian berborak dengan mereka dalam bahasa English slang America sambil sempat berdakwah dalam mimpi dengan bahasa English! (Semua dari Allah)

Maka, nasihat aku, kepada mereka mereka yang sedang belajar bahasa English sekalian, buat target yang tinggi dalam hidup, iaitu korang mesti pastikan belajar English sehingga akhirnya korang dapat bermimpi dalam bahasa English, dan mengigau dalam bahasa English.., so itu tahap tertinggi dalam belajar ilmu BI, maka sekarang, korang mungkin belum dapat berdakwah di America, tapi berkat usaha gigih, boleh sajer berdakwah dalam bahasa inggeris dalam mimpi korang masing masing…

Boleh?

Ps: Tapi yang sedihnya, kadang kadang waktu terjaga dari tidur, aku terpaksa pulak bukak kamus sebab tak faham dengan mimpi aku sendiri..oh!

(And then, why not you’ll gonna try and enter my dream tonight. Just gonna concentrate really hard when you falling asleep and try to enter my dream. So we can make conversation.., good night, I’ll see you in a little while…)
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Wed Dec 16, 2015 4:07 pm

Pengetua
SMK/SBP/SABK
Kolej Vokasional/SM Teknik/SM Vokasional
MRSM/Swasta/Agama
Negeri Perak Darul Ridzuan.

Tuan/Puan

PELAKSANAAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI SYARAT WAJIB LULUS BAGI PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2016

Dengan hormatnya saya diarah merujuk surat pekeliling daripada Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2014: KP/KPPM/6/Jld.2 (6) bertarikh 18 Disember 2014 berhubung perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai mata pelajaran WAJIB LULUS sekurang-kurangnya Gred E untuk melayakkan calon mendapat sijil SPM mulai tahun 2016. Syarat ini adalah tambahan kepada syarat wajib lulus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Mata pelajaran Bahasa Inggeris juga akan mula diperkenalkan dalam Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) mulai tahun 2017.

3. Bersama-sama ini disertakan Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 2 Tahun 2014 untuk makluman dan tindakan tuan/puan selanjutnya.

Kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

b/p: Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Penilaian dan Peperiksaa
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Wed Dec 30, 2015 9:44 am

Belong is a verb which is used to indicate possession or belonging to someone or something.

For example, you have a pen. You say: That pen belongs to me.

Just to be clear, it's wrong to say: That pen is belong to me.

Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Jan 26, 2016 10:20 am

Saya mendengar banyak sebab untuk belajar bahasa Inggeris


untuk kerja...


untuk sambung belajar luar negara...


untuk peperiksaan....



untuk melancong....



TIDAK PERNAH SAYA DENGAR


"Saya belajar bahasa inggeris untuk berdakwah / menerangkan Islam kepada Dunia !"



fikir fikirkan lah...


Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Feb 09, 2016 9:18 am

Auxiliary Verbs are the verbs be, do, have, will when they are followed by another verb (the full verb) in order to form a question, a negative sentence, a compound tense or the passive.
The verb "be"

The verb be can be used as an auxiliary and a full verb. As an auxiliary we use this verb for compound tenses and the passive voice. Note that be is an irregular verb:

Simple Present:
I am, he/she/it is, we/you/they are
Simple Past:
I/he/she/it was, we/you/they were
Past Participle:
been

You can tell that in the following sentences be is an auxiliary because it is followed by another verb (the full verb). (For progressive forms use the "-ing" form of the full verb; for passive voice, use the past participle of the full verb.)

Progressive Forms

Present Progressive:
He is playing football.
Past Progressive:
He was playing football.
Present Perfect Progressive:
He has been playing football.
Past Perfect Progressive:
He had been playing football.

Passive

Simple Present/Past:
The house is/was built.
Present/Past Perfect:
The house has/had been built.
Future I:
The house will be built.

"be" as a full verb

The verb be can also be a full verb. In this case, it's not followed by another verb. If be is used as a full verb, we do not need an auxiliary in negative sentences or questions.

positive sentence:
They are fifteen years old.
negative sentence:
They are not fifteen years old.
question:
Are they fifteen years old?

The verb "have"

The verb have, too, can be used both as an auxiliary and as a full verb. As an auxiliary we use this verb to form compound tenses in active and passive voice. (Use the past participle of the full verb.)

Compound Tenses - Active Voice

Present Perfect Simple:
He has played football.
Past Perfect Simple:
He had played football.
Present Perfect Progressive:
He has been playing football.
Past Perfect Progressive:
He had been playing football.

Compound Tenses - Passive Voice

Present/Past Perfect:
The house has/had been built.

Note that have is an irregular verb, too:

Simple Present:
I/we/you/they have, he/she/it has
Simple Past:
I/he/she/it/we/you/they had
Past Participle:
had

"have" in positive sentences

As a full verb have indicates possession. In British English, however, we usually use have got (have being the auxiliary, got the full verb).

full verb:
I have a car.
auxiliary verb:
I have got a car.

"have" in negative sentences and questions

When we use have as a full verb, we must use the auxiliary do in negative sentences and questions. If we use have got, however, we do not need another auxiliary.

have as a full verb:
I do not have a car.
Do I have a car?
have as an auxiliary verb:
I have not got a car.
Have I got a car?

The verb "will"

The verb will can only be used as an auxiliary. We use it to form the future tenses.

The auxiliary verb "will"

Future I:
He will not play football.
Future II:
He will have played football.

The verb will remains the same for all forms (no "s" for 3rd person singular). The short form for negative sentences is won't.'

Examples:
I will, he will
I will not = I won't

The verb "do"

The verb do can be both an auxiliary and a full verb. As an auxiliary we use do in negative sentences and questions for most verbs (except not for be, will, have got and modal verbs) in Simple Present and Simple Past. (Use the infinitive of the full verb.)

The auxiliary "do" in negative sentences

Simple Present:
He does not play football.
Simple Past:
He did not play football.

The auxiliary "do" in questions

Simple Present:
Does he play football?
Simple Past:
Did he play football?

The verb do is irregular:

Simple Present:
I/we/you/they do, he/she/it does
Simple Past:
I/he/she/it/we/you/they did

The full verb "do"

As a full verb we use do in certain expressions. If we want to form negative sentences or questions using do as a full verb, we need another do as an auxiliary.

positive sentence:
She does her homework every day.
negative sentence:
She doesn't do her homework every day.
question:
Does she do her homework every day?

Sentences without the auxiliary "do"

In the following cases, the auxiliary do is not used in negative sentences/questions:

the full verb is "be"

Example:
I am not angry. / Are you okay?

the sentence already contains another auxiliary (e.g. have, be, will)

Example:
They are not sleeping. / Have you heard that?

the sentence contains a modal verb (can, may, must, need, ought to, shall, should)

Example:
We need not wait. / Can you repeat that, please?

the question asks for the subject of the sentence

Example:
Who sings that song?
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Mar 08, 2016 10:33 am

Another word muddle I'd come across in the course of my editing work that got me scrambling for the dictionary, or dictionaries, was the confusion over "nerve-wracking" and "nerve-wrecking". And then there's "nerve-racking" to contend with. Is this all leaving you in a nervous wreck (not exactly helping there, am I)?

Various forms of spelling have been used by journalists and writers in headlines such as these:

A word muddle that even journos may not get right.

Herein lies the difficulty of rationalizing the correct word to use—rack, wrack and wreck have basically identical definitions!

wrack: severe damage or destruction.
wreck: an action or event, such as a collision, that results in great or total destruction.
rack: destruction; ruin.

It does appear to make perfect sense to use any of the three words after "nerve-" going by these definitions, as they would suggest that one's nerves are in a state of destruction, describing the person's extreme anxiety.

However, let's return to the actual meaning of what "nerve-wrecking/wracking/racking" is supposed to convey:

inflicting great strain or irritation on one's patience, courage, or the like.

That slowly sheds a bit more light. Do any of the three words have other definitions that would fit the "inflicting of great strain"? Bingo!

rack: something that causes great mental or physical agony, or the agony it causes; extreme stress.

The correct word to use is nerve-racking.

By keeping in mind the proper meaning of this word (inflicting great strain on the nerves, and not destroying them), we can safely eliminate "wrecking", which does not carry this meaning in any of its definitions.

But that is not the end. How about "wracking"? This is where things get interesting, and even murky.

The Oxford Dictionary comments:

The relationship between the forms rack and wrack is complicated. The most common noun meaning of rack, "a framework for holding and storing things", is always spelled rack, never wrack. The figurative meanings of the verb, deriving from the type of torture in which someone is stretched on a rack, can, however, be spelled either rack or wrack.

It goes on to say:

When used as a noun, rack is always spelled with an r (a magazine rack). The verb can be spelled rack or wrack, but only when it means "cause great pain to someone".

Not every dictionary agrees on this though. The Chambers Dictionary, for instance, states that "wrack", when used as a verb to mean "causing pain or suffering to someone or something", is "usually regarded as an error". Yet, the same dictionary accepts "wrack" as a proper variant of "rack" when used as a noun to describe the state of destruction.

OK, is there really any point in splitting hairs in this manner? The bottomline is this: using "nerve-racking" is 100 per cent correct. "Nerve-wracking" is generally recognised as a variant, but may not be universally accepted. If you ask me, why settle for anything less than 100 per cent correct and accepted?
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue Mar 22, 2016 3:29 pm

Unemployed because they can't speak English
THE announcement by the government to introduce the new dual-language programme (DLP), as the added educational component to the government’s high-immersion programme (HIP) initiative helmed by the government’s Performance Management Delivery Unit (Pemandu) last year, received an overwhelming response from parents of schoolgoing children and would-be schoolgoing children, educationists, businesses and groups that have a stake in the development of education. It gives many of us hope that changes to the government’s education policy have ended. Under DLP, schools can teach Science, Mathematics, Information Technology and Communication, as well as Design and Technology, in English or Bahasa Malaysia. In its initial stage of implementation, only 300 schools are involved. This number will increase over time. Nonetheless, parents and their children can decline the offer to go to DLP schools. The idea is to check the falling standard of English in schools and raise the standard of education in national schools. It is hoped that our young citizens, after completing their primary education, those who complete secondary schools after 11 years of studies, and in particular, university graduates, will achieve an acceptable standard of mastery of the English language and be ready to start work. The problem that we have now, where more than 400,000 graduates are unemployed, most of them Malays and mostly because they can’t speak English, according to a study by Pemandu, will be addressed. No graduate will remain unemployed anymore because of their poor command of English. Nonetheless, things are not going smoothly as many thought and hoped for. Due to pressure by political groups and non-governmental organisations, such as, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), and language nationalists, there are objections to the introduction of DLP in national schools. The say DLP will relegate the importance of the national language and introduce yellow culture. Some even feel that DLP threatens the country’s national identity. Parti Amanah Negara (Amanah), a recently formed opposition political party comprising mostly members of a Pas breakaway group, voiced its objection and is planning to organise a demonstration to oppose DLP. They believe that with the introduction of DLP, the country will make the young embrace the colonised mentality that we saw during the British occupation. This is an argument, which, to many, is absurd. For a party with a large number of Malay professionals, I wonder what is happening to Amanah’s progressive stance. Their stand is disappointing to most of us who had hopes for Amanah to raise the educational level. We have given up on them. Given their stand, and if it is allowed to happen, we will see no progress. PKR and Pas are standing their ground, as expressed by their leaders to maintain the education policy and system that has Bahasa Malaysia, the national language, as the lingua franca in national schools. This is viewed as stagnation, at best, in our standard of education and, therefore, we will also see no progress. I am not surprised to see hypocrisy being practised by high-profile opposition members, who send their children to international schools, despite their stand against the use of English in national schools. Since DLP is optional, no one should have any worry or feel threatened by its implementation, and parents can keep their children in non-DLP national schools, if they object to it. Many of us now are not too sure if opposition parties are objecting to DLP just for the sake of objecting to any new government initiative, or it is just another one of their political ploys. DLP is about being pro gressive and being globally competitive. However, if the majority of people prefer to follow the advice and stand of opposition parties and they do not want the people in this country to be globally competitive, then, there’s no need to change anything. However, they should be prepared for a downfall due to our young’s education level, no progress in education, and be prepared to see more graduates unemployed. It is hoped that the government will maintain its stand on the implementation of DLP, have the commitment to ensure its success, and go for further progress and development for the good of the people.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Wed Apr 13, 2016 9:41 am

Temuduga Dalam Bahasa Inggeris ke??
Dalam Temuduga Kena BM ke BI ye?

Ni antara soalan yang famous juga yang sering ditanya ramai.

Memang ramai di antara kita takut kalau semasa temuduga disuruh berbahasa Inggeris. Mana tak cuak, tahu cakap “ Yes, no..je..hehehe” (gurau je)

Dalam temuduga kerja kerajaan atau swasta, tidak dinafikan penggunaan bahasa Inggeris amat penting, terutamanya bagi mereka yang memohon jawatan professional (yang berijazah). Panel penemuduga akan menyoal anda dalam BI. Mungkin bukan 100% BI tapi biasanya dalam 30 – 70 % BI akan digunakan.

Mengapa dalam kerja gov ni interview dalam BI juga?,,kan dalam sektor awam BM amat diutamakan?

Ya, betul! Dalam perkhidmatan awam, BM memang diutamakan, tetapi BI juga amat meluas digunakan, terutamanya melibatkan urusan –urusan luar Negara, pelanggan/orang awam berstatus tinggi, urusan - urusan dokumentasi dan sebagainya.

Kan penjawat awam ni akan berhadapan dengan bermacam – macam bangsa, bermacam – macam ragam orang. Walaupun orang Malaysia sekalipun, tidak semua mereka fasih berbahasa Melayu…Untuk memudahkan urusan, BI digunakan…

Itulah antara salah satu sebab dari banyak sebab kenapa BI penting dalam sektor awam…Jadi, semasa temuduga, anda akan dinilai dalam penguasaan bahasa Inggeris..

Adakah amat bagus, biasa, ataupun teruk….

Sebenarnya, apakah yang dinilai semasa dalam temuduga tersebut?

“Adakah grammarnya?

“Adakah komunikasinya?

“Adakah pemahamannya?

Sebenarnya, yang paling utama dinilai dalam temuduga adalah
“MAMPUKAH ANDA BERCAKAP DALAM BAHASA INGGERIS?”

Ini bukan bermaksud anda perlu mahir atau fasih berbahasa Inggeris seperti mat salih dalam TV tu..

Apa yang dinilai adalah, adakah anda faham dengan soalan BI yang ditanya dan mampu menjawabnya secara spontan. Grammar usah dipedulikan…Janji anda boleh bercakap dalam
Inggeris…

Jika anda ditanya soalan dalam BI, maka jawablah dalam BI. Dan jika anda ditanya dalam BM, jawablah dalam BM. Jangan panel tanya “ What is your name?” anda jawab “name saye Ali bin
Atam…”.

Biasanya soalan paling famous ditanya dalam BI ini adalah “Please Introduce Yourself”. Soalan ni memang la kacang..Tapi adakah anda mampu menjawabnya dengan lancar? Jika tak lancar tu, beringat –ingatlah sikit ye…….

Tu baru soalan yang ‘simple – simple’..Belum soalan susah lagi…Jika anda ditanya soalan seperti ini “ What do you know about satu Malaysia? Please explain….”Haaaaaa…Camne nak jawab ye? Berbelit – belit lidah nak menerangkannya nanti…

Apapun jika kita sememangnya lemah dalam BI, memang akan bermasalah…

Setakat pandai cakap “My name is….” Budak tadika pun pandai..

Kenapa kita ni lemah dalam BI ye? Padahal kita belajar BI ni sejak dari tadika sampai la ke universiti..dari umur 6 tahun hinggalah ke 23 tahun…nak dekat 20 tahun belajar BI tapi tak
reti – reti cakap BI…Apa salahnya ye…

Sebenarnya sistem pengajaran bahasa Inggeris di Malaysia ni tidak mengajar kita untuk bercakap BI, tapi mengajar kita untuk mendapat A dalam BI…Tu antara puncanya…

Sistem pengajaran BI sepatutnya perlu dikemaskini dengan lebih baik lagi supaya pelajar dapat mahir dan fasih berbahasa Inggeris dengan masa yang lebih pantas..

Saya malas nak ulas panjang lagi mengenai isu ini, bukan apa..takut kena “gam” pula..Smile

So, apakah persediaan BI anda untuk menghadiri temuduga? Di sini saya syorkan beberapa kaedah:

1. Baca paper BI setiap hari..Baca The Star ke NST ke..baca 30 minit sehari pun ok

2. tak faham makna buka je kamus…jangan malas

3. dengar lagu Inggeris…tak kira la rap ke, rock ke, …ianya membantu..

4. tonton movie BI – yang ada subtitle BM dan BI…syok ni, sambil berhibur kita belajar…

5. Bercakap BI dengan kawan – kawan..secara melawak…tak kisah la ayatnya tunggang – langgang…Ini banyak membantu..

6. Bercakap dalam BI depan cermin…ni cara belajar juga ni..

7. Belajar basic grammar saja..past tense dengan present tense pun dah cukup:)

8. Jangan baca buku BI yang tebal – tebal macam buku teks tu..takde gunanya..

9. Ambil KELAS BAHASA INGGERIS DI WWW.MYCAMBRIDGE.CO.NR

Dengan kemampuan anda dalam berbahasa Inggeris semasa temuduga kerja kerajaan atau swasta, ianya mampu menyumbang markah penilaian kelak. Bukan untuk masa temuduga saja, tapi ianya juga membantu untuk masa depan dan juga kehidupan seharian…
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue May 03, 2016 10:40 am

JOHOR BAHRU 6 Feb. – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan melatih guru-guru sekolah untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam merealisasikan hasrat kerajaan ne­geri yang mahukan pelajar dan juga rakyatnya fasih bahasa global itu sebagai persediaan menjadi negeri maju dan moden.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bahasa antarabangsa tersebut secara praktikalnya perlu menjadi bahasa pilihan kedua di Johor yang sedang bangkit sebagai kuasa ekonomi di rantau ini selain mempunyai ba­nyak pelaburan luar negara dan menjadi tumpuan pelancong asing.

Jelasnya, keutamaan untuk mahir bahasa itu amat penting dan kerajaan negeri tidak mahu hanya pencapaian ekonominya pesat berkembang dan dibanjiri para pelancong tetapi kebolehan rakyat Johor bertutur bahasa Inggeris masih lemah.

“Justeru sebagai langkah awal usaha ini dimulakan di peringkat sekolah dengan melatih guru-guru bahasa Inggeris bukan sahaja lebih mahir tetapi mempunyai teknik, kaedah, cara terbaik dan berkesan dalam mengajar serta menanam minat dalam kalangan pelajar terhadap bahasa Inggeris.

“Kajian sedang dilakukan dan latihan pemantapan guru-guru bahasa Inggeris sama ada dari sekolah rendah atau menengah ini akan dimulakan dalam tahun ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 kali ke-20 di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya tidak mahu pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah tidak memberikan impak sekali gus menjadikan pelajar gagal menulis dan bertutur dalam bahasa tersebut dengan lancar serta sempurna.

Selain bahasa Inggeris, beliau berkata, pihaknya mahu pelajar di negeri ini menguasai bidang sains, kejuruteraan dan matematik kerana ekonomi Johor kini sedang meneroka industri kreatif yang berasaskan inovasi dan kreativiti.

Terdahulu, ketika berucap, beliau berkata, tumpuan terhadap tiga subjek tersebut dapat menyumbang serta memastikan pertumbuhan ekonomi Johor dipelbagaikan selain terus berkembang, berdaya saing dan mampu berdepan cabaran masa kini.

“Nak maju kena berubah daripada ekonomi berasaskan hasil yang biasa-biasa iaitu pengeluaran bahan mentah kepada inovasi. Ini asas sesebuah negeri yang hendak berjaya. Kita jangan hanya jadi pengeluar tetapi menjadi pencipta.

“Sebagai contoh, kita jangan lagi hanya keluarkan minyak sawit tetapi melakukan inovasi dengan mencipta bahan atau produk berasaskan kelapa sawit, misalnya penemuan minyak sawit berkesan untuk melawan toksik di paru-paru,” katanya.
Back to top Go down
View user profile
Moderator2
[moderator]
[moderator]


Posts : 565
Points : 583
Join date : 28/04/2014

PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Tue May 17, 2016 11:16 am

Learned and learnt
The verb to learn means to acquire knowledge of, or skill in, something through study or experience.

To learn is one of those verbs with both an irregular form and a regular form. (See the table below for some others.)

The past tense and the past participle can be written as either learned or learnt. However, they are not interchangeable, especially in the US.
Americans Demand Learned
In America, learned dominates. The use of learnt as the past tense or past participle of to learn is considered a spelling mistake by many. It will certainly annoy a fair proportion of your readers.
Brits Prefer Learnt
Outside America, learnt is more common, but learned is generally accepted. (This is almost certainly a result of American influence spreading.)
Verbs with Irregular and Regular Forms
The following verbs (like to learn) can be regular or irregular:

Verb Past Simple Past Participle
burn burned OR burnt burned OR burnt
dream dreamed OR dreamt dreamed OR dreamt
learn learned OR learnt learned OR learnt
hang hung
also hanged hung
also hanged
smell smelled OR smelt smelled OR smelt
spell spelled OR spelt spelled OR spelt

As with learnt, the second form (e.g. spelt, dreamt) is more common in British English.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE    Today at 9:41 pm

Back to top Go down
 
Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE
View previous topic View next topic Back to top 
Page 3 of 4Go to page : Previous  1, 2, 3, 4  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
KELANTAN FORUM2U :: .::INFORMASI::. :: .::RUANGAN INFORMASI DAN MAKLUMAT::. .::INFORMATION::.-
Jump to: